Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

81) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kita mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Ternakan Moden Babi di Selangor. Baru-baru ini didapati kes penyakit selesema babi H1N1 telah melanda dunia secara global dan Malaysia tidak terkecuali dari terkena gejala penyakit ini. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan

    Kerajaan Negeri akan meneruskan Projek Modern Pig Farming ( MPF ) kerana projek
    tersebut dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang telah sekian lama menghantui
    penduduk di Daerah Kuala Langat. Penggunaan baka babi terbaik dan sistem
    pengurusan sisa najis yang moden adalah dipercayai masalah penularan penyakit dapat
    diatasi apabila MPF dilaksanakan kelak.

  2. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor

    i) Kawalan pengimportan/pemindahan ternakan babi
    Buat masa ini tiada sebarang pengimportan babi hidup dibenarkan masuk ke Malaysia
    dari negara-negara luar. Pemindahan masuk babi hidup untuk tujuan baka/peliharaan
    ke Negeri Selangor dari negeri-negeri lain juga tidak dibenarkan.

    Survelan penyakit Swine Influenza dan Influenza A/ H1N1
    Survelan epidemiologi dijalankan untuk mengesan kehadiran virus Swine Influenza dan
    Influenza A/H1N1 di semua ladang ternakan babi.
    Persampelan telah dijalankan dari 12 Mei 2009 sehingga 25 Mei 2009 di semua ladang
    babi di Negeri Selangor iaitu sebanyak 127 ladang di daerah Kuala Langat. Bilangan
    sampel darah sebanyak 3,764 dan sampel nasal (lelehan hidung atau hingus) sebanyak
    3,036 dari babi telah diambil.
    Survelan Klinikal juga telah dijalankan dari 17 September 2009 hingga 28 September
    2009 di semua ladang babi di Negeri Selangor. Persampelan turut dijalankan di rumah
    sembelih babi (Tip Top Meat Sdn. Bhd.).
    Keputusan ujian menunjukkan semua ladang ternakan babi di Malaysia adalah bebas
    dari kehadiran virus Swine Influenza dan Influenza A /H1N1.

Lampiran

Tiada Lampiran.