Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
176) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan
Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi. Melalui Projek Ternakan Moden Babi, penyakit berjangkit pada ternakan babi akan dapat dikawal secara sistematik dan lebih berkesan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga akan dapat memantau dan membuat saringan penyakit pada ternakan babi secara berkala dan terkawal.
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor
- ) Kawalan pengimportan/pemindahan ternakan babi
Buat masa ini tiada sebarang pengimportan babi hidup dibenarkan masuk ke Malaysia dari negara-negara luar. Pemindahan masuk babi hidup untuk tujuan baka/peliharaan ke Negeri Selangor dari negeri-negeri lain juga tidak dibenarkan.
- ii) Survelan penyakit Swine Influenza dan Influenza A (H1N1)
Survelan epidemiologi ini bertujuan untuk mengesan kehadiran virus Swine Influenza dan Influenza A (H1N1) dalam ladang ternakan babi Malaysia dan menilai faktor risiko perjangkitan dan zoonosis penyakit selesema babi. Pensampelan telah dijalankan dari 12 Mei 2009 sehingga 25 Mei 2009 di semua ladang babi di Negeri Selangor iaitu sebanyak 127 ladang di daerah Kuala Langat. Bilangan sampel darah sebanyak 3764 dan sampel nasal (lelehan hidung atau hingus) sebanyak 3036 dari babi telah diambil. Sampel telah diuji di makmal dan keputusan ujian adalah negatif iaitu semua ladang ternakan babi di Negeri Selangor adalah bebas dari kehadiran virus Swine Influenza A (H1N1).