Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
365) INDUSTRI TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah senarai nama-nama syarikat yang melabur di Negeri Selangor dalam Industri Teknologi Hijau mengikut pecahan PBT bagi tahun 2018 sehingga Mei 2024?
Bagi menyokong dan memperkukuhkan industri Teknologi Hijau Negara, Kerajaan telah memperkenalkan Insentif Cukai Teknologi Hijau sejak tahun 2014 lagi sehingga 31 Disember 2023. Menerusi ucapan Bajet bagi tahun 2024 pula, Insentif ini diteruskan lagi sehingga 31 Disember 2026 dengan beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan bagi membantu pembangunan dan perkembangan Industri Teknologi Hijau negara.
Sejak pengenalannya, insentif tersebut telah menarik perhatian pihak industri yang terlibat dan data prestasi sektor-sektor yang terlibat terus meningkat dari tahun ke tahun. Insentif ini juga diterima dengan amat baik di Negeri Selangor.
Menerusi rekod Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation berkenaan pembangunan projek – projek berkaitan Teknologi Hijau yang telah dilaksanakan di Negeri Selangor mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut;-
-
Berapakah nilai pelaburan dan nama-nama Syarikat yang terlibat dengan Industri Teknologi Hijau di Hulu Selangor pada tahun 2023 dan 2024?
Nilai pelaburan dalam Industri Teknologi Hijau di Hulu Selangor pada tahun 2023 dan sehingga kini adalah sebanyak 3 projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.59 juta.
Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Bil. PBT Tahun Jumlah 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 1 MBSA 3 15 20 19 28 49 7 141 2 MBSJ 5 15 10 17 15 9 7 78 3 MBPJ 11 10 14 8 16 11 5 75 4 MBDK 5 12 17 20 28 40 15 137 5 MPKL 1 3 2 3 8 6 1 24 6 MP Sepang 1 1 2 1 4 1 – 10 7 MP Selayang 1 2 2 6 5 11 9 36 8 MPAJ 1 – – 1 1 – 3 9 MPKj – 4 8 14 17 35 2 80 10 MPHS – 1 4 3 4 2 – 14 11 MPKS – 1 1 5 4 – 11 12 MDSB – 2 1 4 2 – 9 Jumlah projek 28 64 82 93 134 171 46 618 Sumber : Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation