Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

113) INDUSTRI TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan, lokasi dan jumlah kapital pelaburan kilang-kilang produk tenaga solar dalam 2008-2010?

    Bagi tempoh 2008 – 2010 hanya satu projek sahaja yang telah diluluskan oleh pihak MIDA di Selangor dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 2,625,000,000 di Selangor Sains Park 2, Bukit Baja, Sepang.

  2. Apakah insentif yang ditawarkan untuk menggalakkan industri teknologi hijau?

    Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Di perbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status)

    Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 di mana pengecualian boleh diberikan bagi:

    1. Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST;
    2. Pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan;
    3. Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga.
    4. Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian Electrical & Elektronic consumer goods yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara
  3. Sila senaraikan kategori-kategori pengelasan industri teknologi hijau?

    Pengelasan industri teknologi hijau adalah seperti berikut;-

    i) Sektor Tenaga
      Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (cogeneration) di sektor industri dan komersial; dan
      Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
    ii) Sektor Bangunan
      Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
    iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
      Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
    iv) Sektor Pengangkutan
      Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

    Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Lampiran

Tiada Lampiran.