Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
139) INDUSTRI SURIA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dengan peningkatan kos tenaga di seluruh dunia, alternatif lain perlu difikirkan bagi mengatasi masalah tersebut. Tenaga suria yang banyak patut dieksploitasi bagi pembekalan tenaga dan penggunaannya secara meluas. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal penggunaan tenaga suria bagi mengatasi kos tinggi bekalan tenaga sedia ada?
Tenaga suria/solar diperoleh daripada pancaran matahari dan sinarannya merupakan tenaga radiasi yang sampai ke bumi. Tenaga ini kemudian dieksploitasi menjadi tenaga alternatif seperti haba dan elektrik. Penggunaan tenaga solar sebagai tenaga alternatif di Malaysia adalah amat terhad dan ini mendorong pihak Kerajaan mengambil inisiatif di dalam melaksanakan kajian dan pembangunan industri tersebut.
Kajian penggunaan dan aplikasi teknologi solar ‘photovoltaic’(PV) yang disambung ke grid (grid-connected PV system) telah dimulakan sejak tahun 1998. Usaha tersebut dilaksanakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui TNB Research Sdn.Bhd. Kajian lanjutan berhubung potensi aplikasi ‘grid-connected solar PV’ yang dipasang pada bangunan telah dilaksanakan pada tahun 2003 secara usaha sama oleh pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan United Nations Development Programme (UNDP) mengesahkan potensi tenaga solar di Malaysia melalui sistem ‘building integrated photovoltaic’ (BIPV) adalah sekurangnya 6,500MW.
Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan memandangkan masih di peringkat kajian bagi menentukan kesesuaian, kos dalam menentukan perancangan dan pelaksanaan penggunaan tenaga suria di Malaysia. Dalam membantu peningkatan penggunaan solar di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaburan pihak Q-Cells daripada negara Jerman sebanyak RM 2.6 billion bagi menghasilkan produk berkaitan sistem solar di Sepang, Selangor. Oleh itu, kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dengan pihak MIDA dan khidmat nasihat daripada pihak Pusat Tenaga Malaysia (PTM) adalah penting bagi mewujudkan koordinasi pelaburan mantap serta menyediakan insentif-insentif lain seperti tanah, air, infrastruktur dan terutamanya tenaga mahir bagi menarik minat pelabur dalam industri solar di Negeri Selangor.
-
Berapakah peruntukan dalam belanjawan 2009 dicadang akan diberikan kepada industri suria daripada peringkat kajiian sehingga mampu menjadi salah satu unsur bekalan tenaga?
Kerajaan Negeri belum menetapkan sebarang bajet dalam 2009. Oleh itu, kajian khusus perlu dilakukan sebelum pelaksanaan tenaga suria ini dijalankan. Pembangunan teknologi solar melalui Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan kerjasama pihak United Nations Developement Programme (UNDP) telah juga melancarkan projek “Malaysia Integrated Photovoltaic” (MBIPV) pada 25 Julai 2006 yang akan dilaksanakan bagi tempoh lima (5) tahun dengan kos berjumlah RM 88 juta. Objektif utama projek MBIPV adalah untuk mengurangkan kos jangka panjang teknologi solar BIPV melalui pembangunan pasaran tempatan secara mapan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
JADUAL – 1 :
LOKASI PEMASANGAN SISTEM SOLAR BIPV DI NEGERI SELANGOR
Bil Lokasi Kapasiti Tahun dipasang 1. Kediaman persendirian di Semenyih 5.3kW 2005 2. Pejabat SETM, Sungai Buloh 7.9kW 2005 3. Rumah kedai, Damansara Utama 10kW 2007 4. Kediaman persendirian, Damansara 4kW 2007 5. Monash University, Sunway 7.8Kw 2007 6. PTM-ZEO, Bangi 92Kw 2007 7. SMK(P)Sri Aman, Petaling Jaya 4.4kW 2008 8. 6 buah banglo, Setia Eco-Park, Shah Alam 4.2Kw – 5.8kW 2008