Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
101) INDUSTRI SME
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha SITEC untuk memberdaya industri SME dalam bidang e-commerce bagi meningkatkan sumbangan industri tersebut kepada KDNK negara?
Selangor Information Technology & E-Commerce Council atau lebih dikenali sebagai SITEC adalah pemacu utama dalam mempromosikan ekonomi digital di Selangor melalui program-program yang berkaitan E-Commerce, Startups dan Smart City. Anggaran kesan ekonomi (GMV) yang dicapai oleh SITEC ialah RM 93 juta.
Inkubator SITEC yang berkeluasan 11,000 kaki persegi atau lebih dikenali sebagai Selangor Digital Creative Centre (SDCC) telah di anugerahkan status Malaysia Digital Hub oleh MDEC. The Malaysian Digital Hub ini adalah inisiatif untuk membantu memberikan ruang kerja (Co-working Space) kepada Syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menghubungkan mereka dengan ekosistem perniagaan digital di ASEAN dan peringkat global dengan lebih berkesan dan ini adalah merupakan sebuah pengiktirafan yang besar kepada usaha-usaha SITEC untuk membangunkan startup di Selangor. Antara kelebihan yang diperolehi daripada Digital Hub ini adalah seperti:
- Pengecualian cukai koprat kepada Syarikat Teknologi Startup tempatan dan antarabangsa.
- Program teknologi usahawan
- Akses kepada pembiyaan ( Funding)
- Kejurulatihan dan bimbingan ( Coaching)
- Tawaran kos yang rendah untuk menjalankan peniagaan berteraskan jalur lebar atau internet
- Kebebasan pemilikan bagi syarikat asing untuk melabur
Rakan strategik SITEC di dalam pendidikan e-dagang, Mystartr, juga telah menandatangani kerjasama dengan Alibaba-Taobao Universiti untuk membawa masuk kursus keusahawanan global Alibaba yang mempromosikan Cross Border E-Commerce untuk membantu pedagang Selangor meningkatkan eksport dan menembusi pasaran luar negara.
Melalui Program SITEC Online 100 dan SITEC Apps 100 yang dianjurkan. SITEC telah melatih seramai 425 SME di Selangor yang menjalankan perniagaan secara atas talian (online) dengan jumlah dagangan kasar yang di dicatatkan sebanyak RM10.3 juta ringgit sepanjang program ini dijalankan.
SITEC juga telah menjalankan kelas e-Dagang secara percuma kepada SME untuk mereka menambahkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan dunia e-Dagang yang akan dapat diaplikasikan kepada perniagaan mereka. Kesan daripada jumlah dagangan tersebut kita dapat lihat bagaimana perkembangan industri e-Dagang meningkat tidak hanya di peringkat domestic malah di peringkat antarabangsa seperti dengan wujudnya DFTZ yang mana para peniaga SME dapat memasarkan barangan mereka ke luar negara dengan mudah.
SITEC juga telah menjalankan program-program yang membantu syarikat startup dimana program seperti Startup-Quest dan Hackathon telah memberikan pendedahan dan peluang kepada mereka ini untuk mempersembahkan idea-idea baru perniagaan mereka yang boleh dikomersialkan dengan bantuan agensi- agensi kerajaan yang memberikan mereka peluang untuk mendapatkan geran atau pembiayaan. Pada tahun ini SITEC telah menganjurkan Selangor Accelerator Program 2018 (SAP) dimana seramai 27 kumpulan Startup telah mengikuti program ini dan melalui program ni, 10 kumpulan terbaik juga telah di pilih untuk mempersembahkan perniagaan mereka di China semasa pameran yang telah dijalankan di Hangzhou dan telah menarik lebih 1 Juta tontonan online semasa ia di jalankan.
SITEC juga telah berjaya menganjurkan tiga persidangan / konvensyen Smart City (2016 – 2018). Antara yang terlibat dan hadir ialah individu, SME, MNC, perkhidmatan kerajaan dan syarikat-syarikat antarabangsa serta kerajaan. Program ini juga telah menarik lebih 20,000 orang sejak 2016. Acara Smart City ini menyentuh topik seperti AI, Blockchain, Cloud, Big Data, Pengangkutan Pintar dan Mobiliti, Pengurusan Sisa dan banyak lagi. Perwakilan dan penceramah antarabangsa daripada China, UK, Indonesia, Sepanyol, Taiwan, Singapura, Barcelona dan Silicon Valley hadir untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam pengurusan bandar pintar. Lebih RM 75 juta GMV dari peserta pameran dicapai melalui acara-acara ini juga.