Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

371) INDUSTRI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan-golongan petani dan penternak bagi memberikan hasil pertanian dan penternakan dalam jumlah skala yang besar?

    Insentif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan-golongan petani dan penternak bagi memberikan hasil pertanian dan penternakan dalam jumlah skala yang besar adalah dengan memperkenalkan Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) sebagai garis panduan untuk memajukan sektor pertanian secara holistik dan sistematik. Matlamatnya adalah untuk menjamin bekalan makanan dan meningkatkan pendapatan para petani dan penternak.

    Insentif ini merangkumi penyediaan kawasan, pembangunan infastruktur serta pengairan, peralatan, input-input pertanian dan benih tanaman. Program Pembangunan Agropreneur Muda juga memperkasa warga agro meningkatkan hasil dan melibatkan lebih ramai orang muda.

    Strategi pemodenan merangkumi penggunaan dron dan sistem Internet of Thing (IoT) serta penggunaan baja semi organik juga boleh meningkatkan hasil dan dalam masa yang sama boleh mengekalkan kelestarian.

    Bagi golongan penternak, mereka digalakkan dan dibantu untuk menumpukan usaha kepada menternak ternakan yang bernilai tinggi seperti lembu hibrid (misalnya Charolais dan Belgian Blue), lembu Wagyu, lembu tenusu baka tulin (misalnya Friesian dan Jersey) dan bebiri berbaka Barbados Black Belly.  Selain itu, para penternak digalakkan dan dibantu untuk memulakan/meningkatkan penanaman rumput bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan dedak semata-mata yang harganya semakin tinggi.

     

    Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan pada setiap tahun dalam bentuk ternakan pembiak, peralatan menternak, bahan binaan untuk membesarkan kandang dan homplot bagi menanam rumput berkualiti.

    Selain itu, Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan lebih banyak plot penternakan di bawah Program Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) untuk disewakan kepada penternak berpotensi. Inisiatif ini termasuklah Program Penempatan Semula (Translokasi) bagi penternak yang menghadapi masalah kawasan menternak.

  2. Berapakah jumlah tanah PKPS di Hulu Selangor yang masih belum diusahakan dan sila senaraikan jumlah tanah PKPS dan Kawasan yang masih belum disewakan kepada mana-mana pihak?

    i) Senarai tanah-tanah milik PKPS yang telah dan akan diusahakan untuk projek PKPS sendiri

    BIL MUKIM KELUASAN

    (HEKTAR)

    GUNA TANAH SEMASA
    1 Rasa 1.85 Cadangan rumah ayam
    2 Rasa 4.04 Cadangan rumah ayam
    3 Rasa 4.01 Cadangan rumah ayam
    4 Rasa 4.04 Cadangan rumah ayam
    5 Rasa 4.02 Cadangan rumah ayam
    6 Rasa 4.07 Cadangan rumah ayam
    7 Rasa 4.08 Cadangan rumah ayam
    8 Rasa 4.04 Cadangan rumah ayam
    9 Rasa 4.04 Cadangan rumah ayam
    10 Rasa 3.90 Cadangan rumah ayam
    11 Rasa 2.49 Cadangan rumah ayam
    12 Rasa 2.78 Cadangan rumah ayam
    13 Rasa 1.18 Cadangan rumah ayam
    14 Rasa 1.17 Cadangan rumah ayam
    15 Rasa 1.17 Cadangan rumah ayam
    16 Rasa 1.15 Cadangan rumah ayam
    17 Rasa 1.13 Cadangan rumah ayam
    18 Serendah 29.00 Projek kuari PKPS
    19 Hulu Selangor 80.39 Ladang Kelapa Sawit PKPS
    20 Buloh Telor 42.00 Cadangan projek agropelancongan PKPS
    21 Ulu Yam 18.49 Cadangan projek agropelancongan PKPS
    22 Ulu Yam 25.418 Cadangan projek agropelancongan PKPS
      JUMLAH KESELURUHAN 490.35  

     

    ii) Senarai tanah-tanah milik PKPS di Daerah Hulu Selangor yang masih kosong seluas 3 hektar

    BIL NO LOT / NO HAKMILIK MUKIM KELUASAN

    (HEKTAR)

     

    GUNA TANAH SEMASA

     

     

    CATATAN

     

    1 LOT 13115, PM 920 Kalumpang 0.61

     

    Tanaman Buah-Buahan

    (Dalam proses pemutihan)

     

     

     

     

    Tarikh memperolehi hakmilik pada 2023

    2 LOT 13116, PM 921 Kalumpang 0.61

     

    3 LOT 13117, PM 922 Kalumpang 0.61

     

    4 LOT 13118, PM 923 Kalumpang 0.61

     

    5 LOT 13119, PM 925 Kalumpang 0.56

     

      Jumlah Keseluruhan  

    3.00

     

  3. Sila senaraikan nama-nama Syarikat atau individu yang menyewa tanah PKPS di Hulu Selangor beserta dengan data terperinci Jumlah Tanah yang disewa, tahun mula sewa, tujuan sewaan tersebut dan hasil pendapatan kepada PKPS.

    Butiran terperinci senarai tanah-tanah milik PKPS di Daerah Hulu Selangor yang telah disewakan kepada syarikat luar atau individu untuk projek pertanian beserta hasil pendapatan sewaan seperti berikut :

    BIL NAMA PENYEWA  

    MUKIM

    KELUASAN

    (HEKTAR)

    MULA SEWAAN

     

    TUJUAN SEWAAN HASIL PENDAPATAN

    (RM/TAHUN)

    1 Ternakan Ikan Fai Hoe Batang Kali 3.82 2015 Ternakan ikan air tawar 17,160.00
    2 Gold Pond Aquaculture Batang Kali 13.42 20 Ternakan ikan air tawar 56,364.00
    17.06 2021 68,616.00
    3 Dwi Energy Sdn Bhd Ulu Bernam 9.87 2021 Ternakan Kambing 20,488.56
    4 Norleila Zaharah Ulu Bernam 0.4 2021 Ternakan ikan sangkar 840.00
    5 Konsortium kualiti Ikan Air Tawar Sg Tinggi 20.36 2021 Ternakan ikan air tawar 59,780.16
    6 Khairulnizam Sg Tinggi 0.11 2022 Ternakan kambing 600.00
    7 Khairulnain Sg Tinggi 0.05 2022 Bengkel dan kediaman 900.00
    8 Huan Yi Sdn Bhd Sg Tinggi 5.39 2023 Ternakan Ikan Air Tawar 24,000.00
    9 Mavamatch Plantations Sdn Bhd Batang Kali 74.49 2024 Projek Pembangunan Resort dan Pertanian 110,454.00
    10 Beaconverse Sdn Bhd Batang Kali 80.95 2024 Tanaman Buah-Buahan 192,000
    11 WB Madani Sdn Bhd Ulu Yam 39.70 2023 Tanaman Buah-Buahan 94,185.60
      JUMLAH KESELURUHAN 265.62     431,908.32

Lampiran

Tiada Lampiran.