Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
168) INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN PERHOTELAN DI BAWAH KDEB
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jumlah pendapatan tahun 2004 Ð 2008 bagi tiga hotel di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) agak mendatar dan menurun bagi Peransang Templer Golf Club. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini?
QUALITY HOTEL CITY CENTRE KUALA LUMPUR
(BUTIRAN UNTUNG RUGI SEJAK TAHUN 2004 HINGGA 2008)
2004 2005 2006 2007 2008 OPERASI HOTEL RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 HASIL SEWA BILIK
6,971 7,230
7,049
7,976
8,371 HASIL MAKANAN/MINUMAN 5,441 5,674 5,322 5,903 5,575 JUMLAH HASIL 13,211 13,951 13,446 14,801 14,998 UNTUNG OPERASI KASAR 3,743 3,707 3,130 3,622 3,536 UNTUNG SELEPAS CUKAI & ZAKAT 130 822 451 724 541 % KADAR PENGINAPAN 78.61% 78.47% 72.77% 77.67% 76.10% HARGA PURATA SEWA BILIK RM96.91 RM100.97
RM106.15
RM112.54
RM120.22 Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :
- Pertumbuhan sektor perkhidmatan perhotelan adalah banyak dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi negara setiap tahun. Faktor-faktor utama mempengaruhi pertumbuhan prestasi yang minimum sektor hotel adalah ketidaktentuan ekonomi negara, serantau dan global serta pengaruh negatif cuaca, wabak penyakit, politik tidak stabil dan krisis kewangan.
- Penurunan hasil dalam tahun 2006 sebahagiannya disebabkan oleh wabak selesema burung, wabak penyakit kuku dan mulut serta wabak denggi. Tambahan pula, laporan kadar jenayah dalam negara dan publisiti negatif media telah menyebabkan penurunan kedatangan pelancong dari China dan juga persaingan sengit antara hotel-hotel di Kuala Lumpur. Kebanyakan hotel yang mempunyai segmen pasaran daripada pelancong China terpaksa beralih kepada segmen pelanggan Kerajaan dan menurunkan kadar penginapan bilik bagi meningkatkan hasil pendapatan.
- Peningkatan kos jualan seperti harga bahan bekalan makanan dan kos pentadbiran, peningkatan tarif elektrik sebanyak 12.5% dalam bulan Jun 2006, kenaikan harga petrol dan gas sebanyak 11% dalam bulan Mac 2006 dan tarif air sebanyak 18.8% pada bulan Oktober 2006 telah menyebabkan penurunan keuntungan bersih selepas cukai dan zakat bagi seluruh tahun 2006.
- Krisis kewangan global dan turun naik nilai mata wang dolar US yang bermula pada suku pertama 2008 juga telah memberi kesan kepada kemasukan pelancong asing ke Malaysia. Pengumuman penjimatan kos dengan tidak menggalakkan penganjuran majlis kerajaan di hotel oleh Perdana Menteri dalam bulan Jun 2008 juga telah memberi kesan penurunan hasil pendapatan hotel. Ini kerana 40% daripada hasil pendapatan hotel adalah dari sektor Kerajaan.
- Penurunan keuntungan bersih tahun 2008, sebahagian besar disebabkan peningkatan kadar inflasi, kenaikan berterusan harga petrol dan harga bahan makanan.
QUALITY HOTEL SHAH ALAM
(BUTIRAN UNTUNG RUGI SEJAK TAHUN 2004 HINGGA 2008)
2004 2005 2006 2007 2008 HOTEL OPERATION RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 JUMLAH HASIL 3,273 3,364
3,632
3,681
3,777
HASIL MAKANAN/MINUMAN 4,842 4,383
4,800
5,176
5,034
JUMLAH HASIL 8,459 8,058 8,926 9,472 9,527 UNTUNG OPERASI KASAR 1,781 1,687
1,975
2,180
2,069
UNTUNG SELEPAS CUKAI & ZAKAT 656
203
535
431
282
% KADAR PENGINAPAN 63.96% 62.43% 64.66% 65.68% 62.15% HARGA PURATA SEWA BILIK RM90.79 RM95.86 RM99.93 RM99.70 RM107.81 Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :
- Sejak tahun 2004 hingga 2008, Quality Hotel Shah Alam (QHSA) telah mengekalkan kadar pertumbuhan pendapatan antara 6% hingga 10%.
- Pada tahun 2005 QHSA telah menunjukkan penurunan pendapatan yang disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian di Lobi hotel, kawasan teduhan hadapan hotel dan Gardenia Coffee House. Kerja-kerja berperingkat ini siap pada tahun 2008 dan hasilnya telah meningkatkan hasil pendapatan syarikat.
- QHSA mempunyai sebuah dewan utama yang agak kecil yang boleh menampung antara 250 hingga 280 orang sahaja.
- Peningkatan di dalam kos petrol, bil elektrik dan bil air.
- QHSA menghadapi unjuran kos susut nilai yang tinggi bagi tahun 2005 hingga 2017 disebabkan kos pengubahsuaian hotel pada tahun 2005 dan menaik taraf bilik-bilik hotel yang dijalankan secara berperingkat.
- Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini telah memberi faedah yang besar memulihkan imej hotel dan meningkatkan QHSA sebagai hotel yang disukai pelanggan dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan hotel.
BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD
(BUTIRAN UNTUNG RUGI DARI TAHUN 2004 HINGGA 2008)
2004 2005 2006 2007 2008 HOTEL OPERATION RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 JUMLAH HASIL 2,900
3,795 3,281 4,571
4,489
HASIL MAKANAN/MINUMAN 1,151 1,478 1,855 2,265 2,183 JUMLAH HASIL 4,507
5,393 5,906 7,143
7,063
KEUNTUNGAN OPERASI KASAR 1,485
1,790
1,791
2,132
2,108
KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI 4
312
(15)
636
503
PERKARA LUAR BIASA –
–
–
322
3,953
KEUNTUNGAN SELEPAS CUKAI & ZAKAT 4
312 (15)
958
4,456
% KADAR PENGINAPAN 37.79% 44.07% 48.95% 57.13% 53.03% HARGA PURATA SEWA BILIK RM76.23 RM85.78 RM77.78 RM79.71 RM84.10 Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :
- Jumlah pendapatan hotel menunjukkan peningkatan dari tahun 2004 hingga tahun 2007 (antara 10% ke 21%) dan sedikit penurunan bagi tahun 2008 (1%).
- Faktor yang menyebabkan sedikit penurunan dalam tahun 2008 adalah kesan dari ekonomi global yang agak lembap tetapi masih terkawal
PERANGSANG TEMPLER GOLF CLUB
(BUTIRAN UNTUNG RUGI SEJAK TAHUN 2004 HINGGA 2008)
OPERASI KELAB 2004 RM’000
2005 RM’000
2006 RM’000
2007 RM’000
2008 RM’000
PENDAPATAN KEAHLIAN
PENDAPATAN
MAKANAN/MINUMAN
PENDAPATAN GOLF/REKREASI
LAIN-LAIN PENDAPATAN
2,039
2,153
2,293
882
2,102
1,929
2,520
118
1,789
1,698
2,132
123
1,605
1,730
1,797
234
1,419
1,834
2,285
275
JUMLAH PEROLEHAN
7,367
6,669
5,742
5,366
5,813
Nota:
KEUNTUNGAN KASAR OPERASI
KEUNTUNGAN SELEPAS CUKAI
(687)
(1,805)
(589)
283
(1,182)
530
(541)
(1,278)
(391)
(423)
JUMLAH KEAHLIAN
1,891
1,832
1,895
1,668
1,532
Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :
- Kemerosotan dari pendapatan keahlian.
Ahli-ahli menjadi tidak aktif (peningkatan usia, perpindahan lokasi perumahan/pejabat) dan membawa kepada penamatan keahlian. Tiada keahlian baru berikutan dari ekonomi tidak stabil dan persaingan antara kelab-kelab golf. Keahlian baru juga bergantung kepada jualan pakej dalam pembinaan perumahan berdekatan yang kelihatan agak lembap 4 tahun kebelakangan ini.
- Kemerosotan dari pendapatan makanan/minuman
Akibat dari penurunan jumlah ahli-ahli yang aktif, pendapatan turut terjejas dalam tahun 2006. Kelab telah mula menunjukkan peningkatan pada tahun 2007 dan 2008 dengan pelbagai strategi pemasaran.
- Kemerosotan dari pendapatan golf & rekreasi
Selain dari penurunan jumlah ahli-ahli yang aktif, keadaan infrastruktur di padang golf (sistem pengairan bawah tanah dan perparitan) telah mengakibatkan “unacceptable condition to play” dan kehilangan jualan untuk beberapa kejohanan golf tahunan pada tahun 2007. Sistem pengairan/perparitan telah dilaksanakan dan peningkatan jualan telah bermula pada tahun 2008.
Pihak Kelab telah membaik pulih kemudahan dan infrastruktur berjumlah RM3.6 juta sejak tahun 2007. Kini dengan pengurusan baru, Kelab telah menunjukkan peningkatan hasilnya dan akan menjadi sebuah Kelab golf yang dibanggakan.
- Kemerosotan dari lain-lain pendapatan
Lain-lain pendapatan adalah dari pendapatan sewa ruang pejabat/kedai serta pendapatan faedah dari akaun ahli-ahli yang mempunyai hutang tertunggak kepada Kelab. Kebanyakan ahli-ahli yang mempunyai hutang tertunggak pada tahun 2004 telah ditamatkan keahliannya.
-
Selain daripada pelanggan-pelanggan korporat utama apakah strategi pemasaran yang dijalankan oleh KDEB bagi melonjakkan pendapatan perkhidmatan ini?
- Bagi memperkukuhkan perniagaan hotel, KDEB pada tahun 2007 telah melaksanakan Rasionalisasi dan Penggabungan Perangsang Templer Golf Club dan Perangsang Hotel and Properties Sdn Bhd diletakkan di bawah Cash Band (M) Bhd, 99% anak syarikat KPS. Pelaksanaan penggabungan ini selesai pada 18 Disember 2007.
- Penstrukturan korporat ke atas pegangan pelaburan di dalam tiga entiti, iaitu Perangsang Templer Golf Club, Perangsang Hotels & Properties Sdn Bhd (Quality Hotel Shah Alam dan Quality Hotel City Centre) telah meningkatkan hasil pendapatan dan keuntungan di bawah Cash Band (M) Bhd dalam tahun 2008.
Sektor Hotel Y2007 Y2008 Hasil RM30.172 juta RM30.175 juta Keuntungan /(Kerugian) Operasi (RM1.864 juta) RM2.033 juta Perangsang Templer Golf Club Y2007 Y2008 Hasil RM8.664 juta RM8.187 juta Keuntungan /(Kerugian) Operasi (RM1.47 juta) (RM0.387 juta) - Bagi mengukuhkan sektor hospitaliti, Cash Band (M) Bhd juga telah mengambil alih 100% kepentingan di dalam Brisdale International Hotel Sdn Bhd dalam tahun 2008.
- Pengurusan hotel juga sentiasa mengutamakan perkhidmatan selepas jualan (after sales service) dengan pelanggan-pelanggan sektor Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat serta pelanggan swasta.
- Aktiviti pengubahsuaian dan menaik taraf Plaza Perangsang pada tahun 2005, terutamanya di Gardenia Coffee House, Kayangan Ballroom dan bilik-bilik hotel memberikan persekitaran yang lebih menarik pelanggan.
- Penstrukturan korporat dan penggabungan beberapa hotel di bawah KDEB pada 18 Disember 2007, termasuk QHSA di bawah Cash Band (M) Sdn Bhd mengukuhkan sinergi perniagaan sektor perhotelan.
- Menawarkan struktur kadar sewa bilik yang menarik dan setanding (competitive and attractive) – bahagian jualan membuat analisa pesaing dan harga yang mereka tawarkan
- Menawarkan pakej yang mengikut kehendak pelanggan – memberikan harga yang boleh diubah supaya dapat memenuhi bajet pelanggan.
- Sales calls yang lebih agresif dan berkesan – bahagian jualan perlu mendapat 5 pelanggan baru sebulan dan melawat 10 pelanggan sehari.
- Terlibat dalam trade show seperti ATF, ATM, WTM, DMTF & NATAS.
- Meneruskan lawatan kepada pelanggan tempatan dan negara serantau.
- Penjualan semula keahlian yang telah tamat dengan harga yang lebih “attractive”.
- Penjualan pakej-pakej golf,seminar dan bankuasi dengan lebih agresif kepada badan-badan kerajaan, swasta, pertubuhan dan persatuan serta individu.
- Menjalani usahasama-usahasama dengan pelbagai badan korporat dari segi penajaan pelbagai bentuk seperti tunai, barangan, papan tanda, label dan sebagainya.
-
Apakah manfaat dan hasil secara langsung yang diperoleh oleh kerajaan daripada aktiviti KDEB dalam sektor perkhidmatan dan perhotelan seperti ini?
- Walaupun sektor perhotelan hanya menyumbangkan jumlah pendapatan yang kecil kepada Kumpulan KPS/KDEB, Perangsang Hotel and Properties Sdn Bhd (QHSA dan QHCC) telah melaksanakan beberapa aktiviti tanggungjawab sosial korporat (tahun 2008, sejumlah RM25,561 telah dibelanjakan untuk tujuan ini) selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor yang mengamalkan Kerajaan Prihatin.
- Menyumbang kepada sebahagian kecil pendapatan Kumpulan KDEB/KPS.
- Menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada rakyat Malaysia khususnya anak negeri Selangor, bukan sahaja di bahagian pengeluaran atau perkhidmatan malahan di bahagian pengurusan.
- Dengan peluang di atas, akan mengurangkan kadar pengangguran yang pasti menambah beban kerajaan untuk menganggung kesan pengangguran dari segi kepentingan ekonomi dan sosial.
- Menyediakan kemudahan kediaman, kelengkapan sukan, rekreasi dan riadah untuk delegasi-delegasi jemputan kerajaan dari dalam negeri dan pelosok dunia.
- Walaupun sektor perhotelan hanya menyumbangkan jumlah pendapatan yang kecil kepada Kumpulan KPS/KDEB, Perangsang Hotel and Properties Sdn Bhd (QHSA dan QHCC) telah melaksanakan beberapa aktiviti tanggungjawab sosial korporat (pada tahun 2008, sejumlah RM25,561 telah dibelanjakan untuk tujuan ini) selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor yang mengamalkan Kerajaan Prihatin.
- Menyumbang kepada sebahagian kecil pendapatan Kumpulan KDEB/KPS.
- Menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada rakyat Malaysia khususnya anak negeri Selangor, bukan sahaja di bahagian pengeluaran atau perkhidmatan malahan di bahagian pengurusan.
- Dengan peluang di atas, akan mengurangkan kadar pengangguran yang pasti menambah beban kerajaan untuk menganggung kesan pengangguran dari segi kepentingan ekonomi dan sosial.
- Menyediakan kemudahan kediaman, kelengkapan sukan, rekreasi dan riadah untuk delegasi-delegasi jemputan kerajaan dari dalam negeri dan pelosok dunia.
- Menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada rakyat Malaysia khususnya anak negeri Selangor, bukan sahaja di bahagian pengeluaran atau perkhidmatan malahan di bahagian pengurusan.
- Dengan peluang di atas, akan mengurangkan kadar pengangguran yang pasti menambah beban kerajaan untuk menganggung kesan pengangguran dari segi kepentingan ekonomi dan sosial.
- Menyediakan kemudahan kediaman, kelengkapan sukan, rekreasi dan riadah untuk delegasi-delegasi jemputan kerajaan dari dalam negeri dan pelosok dunia.