Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
258) INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Water Resources, Supply Demand and Distribution Study For Selangor akan dimulakan dan bilakah ianya dijangka dapat disiapkan?
Tempoh kajian adalah selama 12 bulan bermula pada 01 September 2015. Mengikut perancangan, laporan akhir kajian akan dikemukakan oleh Perunding pada 31 Ogos 2016. Berdasarkan kepada jadual perkhidmatan yang telah dipersetujui, Interim Report telah dikemukakan pada 07 Januari 2016.
-
Apakah butiran utama kajian tersebut yang bertujuan memastikan kelestarian bekalan air mentah dan air terawat dalam tempoh 50 tahun yang akan datang?
Kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study For Selangor dibuat khusus untuk Negeri Selangor mengenai bekalan air yang merangkumi aspek sumber air mentah hinggalah ke pengagihan air kepada pengguna. Kajian yang menyeluruh ini akan dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada justifikasi bahawa:
- Kerajaan Negeri adalah bertanggung jawab untuk menyediakan sumber air yang mencukupi sama ada untuk dirawat oleh operator rawatan air atau untuk diagihkan kepada pengguna;
- Sumber-sumber air mentah sedia ada telah semakin terhad, maka adalah baik untuk Kerajaan Negeri bersedia mencari sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Walaupun Langat 2 beroperasi, sekiranya Negeri Selangor mempunyai sumber air sendiri, maka kos yang akan dibayar adalah lebih rendah berbanding Langat 2;
- Dalam mengenal pasti sumber-sumber baru, melalui kajian yang menyeluruh, Kerajaan Negeri boleh menguntukkan (earmark) mana- mana tapak yang bersesuaian untuk dibangunkan bagi Projek Bekalan Air masa hadapan, maka dengan itu kos pengambilan balik tanah dapat dijimatkan;
- Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain; dan
- Melalui kajian ini, Kerajaan Negeri dapat menyediakan masterplan
bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang.