Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

5) INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk melindungi hak rakyat Selangor dalam industri perkhidmatan air ?

    Dengan mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat Negeri Selangor dan dalam usaha untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa meletakkan kepentingan rakyat Negeri Selangor yang juga merupakan pengguna perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai agenda utama di dalam apa jua perancangan yang dibuat berkaitan industri perkhidmatan

    Industri perkhidmatan air tidak boleh dipisahkan dari perkara-perkara yang berkaitan dengan tarif air munasabah yang tidak membebankan rakyat sebagai pengguna di samping tidak melupakan keuntungan yang perlu dijana oleh operator yang merawat air mentah untuk dijadikan air terawat sebelum diagihkan kepada pengguna oleh operator agihan air.

    Pada ketika ini, Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor pada tidak dijalankan secara holistik di mana aktiviti rawatan dan agihan dikendalikan oleh pihak yang berlainan. Ini adalah ekoran daripada penswastaan perkhidmatan air di Selangor yang telah bermula semenjak tahun 1994 dan secara sepenuhnya pada tahun 2004 yang melibatkan empat pemegang konsesi utama seperti berikut:

     

    Operator Rawatan Operator Agihan
    ·         Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) – tiada sebarang pegangan ekuiti oleh Kerajaan Negeri Selangor

    ·         Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) – Kerajaan Negeri Selangor melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) memegang ekuiti sebanyak 30%

    ·         Konsortium ABASS Sdn Bhd

    (ABASS) – anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor

    Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) – Kerajaan Negeri Selangor melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) memegang ekuiti sebanyak 30%

     

    Aset dan fasiliti yang digunakan oleh operator rawatan air dan operator agihan air adalah merupakan aset milik Negeri Selangor (State Asset) dan operator-operator ini hanya mempunyai hak untuk mengguna (Right of Use)aset dan fasiliti tersebut sepanjang tempoh konsesi berkuat kuasa.

    Keadaan yang tidak holistik ini telah menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi. Kos operasi dalam merawat air mentah untuk dijadikan air terawat oleh operator rawatan air perlu ditanggung oleh SYABAS dalam bentuk Kadar Air Pukal (Bulk Supply Rate) di mana dalam pengiraan kadar ini turut memasukkan kadar Fixed Monthly Payment di mana kadar Air Pukal dan Fix Monthly Payment ini meningkat setiap tahun sepanjang tempoh Konsesi Operator Rawatan Air berkuat kuasa. Kos-kos ini telah menyumbang kepada tarif air yang tinggi dan perlu disemak setiap tiga (3) tahun sekali sepanjang Perjanjian Konsesi SYABAS berkuat kuasa dan kenaikan tarif ini dapat dilihat seperti jadual di bawah:-

     

     

    Pelarasan Tarif Tarikh Pelarasan Tarif Average Schedule Tariff (RM/mᵌ)
    Pelarasan Pertama 01 Januari 2006 1.39
    Pelarasan Kedua 01 Januari 2009 1.90
    Pelarasan Ketiga 01 Januari 2012 2.38
    Pelarasan Keempat 01 Januari 2015 2.86
    Pelarasan Kelima 01 Januari 2018 3.15
    Pelarasan Keenam 01 Januari 2021 3.31
    Pelarasan Ketujuh 01 Januari 2024 3.48
    Pelarasan Kelapan 01 Januari 2027 3.65
    Pelarasan Kesembilan 01 Januari 2030 3.83

     

    Selain dari peningkatan tarif disebabkan oleh kos harga air terawat yang ditetapkan oleh Operator Rawatan Air melalui Kadar Air Pukal dan Fixed Monthly Payment, peningkatan kos operasi dan Perbelanjaan Modal (Capital Expenditure (CAPEX)) di dalam SYABAS juga menyumbang kepada peningkatan tarif yang ditanggung oleh pengguna.

    Dalam usaha untuk melindungi rakyat sebagai pengguna utama industri perkhidmatan air, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju dengan sebarang pelarasan tarif yang dipohon oleh SYABAS. Pelarasan Tarif purata air terawat pertama telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 dan berkuat kuasa mulai 1 November 2006 di mana kadar tarif yang diguna pakai sehingga hari ini adalah berdasarkan kepada kadar yang diluluskan pada tahun 2006 tersebut.

    Pelarasan tarif kedua yang sepatutnya berkuatkuasa bermula pada 01 Januari 2009 hingga 31 December 2011, namun Kerajaan Negeri Selangor dalam merealisasikan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingan rakyat adalah merupakan keutamaan di dalam setiap perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor

     

    termasuk di dalam perkhidmatan air, maka Kerajaan Negeri tidak bersetuju untuk menguatkuasakan sebarang pelarasan tarif.

    Lanjutan dari tiada sebarang kenaikan tarif seperti yang dijadualkan pada tahun 2009, SYABAS telah memulakan tindakan mahkamah bagi menuntut pampasan kerana ketiadaan kenaikan kadar tarif baru. Kes tersebut masih dalam tindakan mahkamah dan belum ada sebarang keputusan ke atas tuntutan SYABAS tersebut.

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor telah meneliti setiap aspek di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS, sekiranya Perjanjian Konsesi SYABAS ini diteruskan berkuatkuasa sehingga tahun 2034, maka Kerajaan Negeri tidak mempunyai kawalan secara langsung ke atas pelarasan tarif oleh SYABAS. Mengikut   peruntukkan   di   bawah Perjanjian Konsesi SYABAS, bermula pada 01 Januari 2015, pelarasan tarif dengan kadar tarif purata sebanyak RM2.86 setiap meter padu dan pada tahun 2018 dengan kadar tarif purata sebanyak RM3.15 setiap meter padu. Sekiranya perjanjian konsesi SYABAS ini diteruskan, pada tahun 2030 kadar tarif purata yang bakal dibayar oleh pengguna Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak RM3.83 setip meter padu.

    Usaha dan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri   Selangor adalah bertujuan semata-mata untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin. Kesemua operator rawatan air dan operator agihan yang ada pada ketika ini adalah merupakan syarikat swasta yang mana bagi syarikat swasta keuntungan merupakan matlamat   utama   di   dalam setiap perniagaan. Dalam kerakusan mengejar matlamat mengaut keuntungan bagi mengayakan   segelintir   kapitalis,   kepentingan pengguna perkhidmatan air yang merupakan rakyat Negeri   Selangor tidak diutamakan.

    Keadaan ini berbeza sekiranya pengurusan industri perkhidmatan air berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mana keuntungan bukanlah   matlamat   utama.   Sebaliknya   dalam merealisasikan matlamat Merakyatkan Ekonomi Selangor   dan meneruskan pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna, Kerajaan Negeri Selangor   mengutamakan   rakyat   mendapat perkhidmatan air yang effisien disamping   membayar   harga perkhidmatan dalam bentuk tarif yang munasabah.

    Oleh sebab terdapat jurang perbezaan di dalam matlamat syarikat swasta dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam memberikan perkhidmatan bekalan air yang efisien, jalan   terbaik   untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan   memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri   Selangor. Dalam memuktamadkan penstrukturan semula ini, Kerajaan Negeri telah mengambil kira aspek-aspek berikut:-

     

    1. Perjanjian Konsesi air sedia ada yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kesemua operator air perlu ditamatkan;

     

    1. Dengan penamatan perjanjian konsesi ini, Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu syarikat SPV yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih operasi rawatan dan pengagihan air di mana struktur SPV baru ini akan dikawal bagi memastikan keutamaan diberikan dalam peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan

     

    • Melibatkan PAAB di peringkat awal dalam proses pengambilalihan dan penyusunan semula ini; dan

     

    1. Wujudnya kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berdasarkan peruntukan Akta

     

    Melalui penstrukturan semula ini, operator perkhidmatan air yang baru dapat diujudkan di mana operator air tersebut adalah terdiri dari syarikat yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, pemantauan dan kawalan secara langsung boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan bahawa SPV yang bakal diwujudkan beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan operasi dan bukannya mengaut keuntungan. Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memantau agar SPV ini akan mendapat one time profit, yang mana keuntungan yang akan dijana adalah tidak melampaui. Dengan keuntungan yang tidak melampaui, SPV akan dapat mengekalkan kadar tarif yang munasabah. Kenaikan tarif di dalam operasi memang tidak dapat dihalang berikutan dengan kenaikan kos bahan mentah dan kos operasi, namun kenaikan tarif tersebut akan dipastikan munasabah.

    Selain dari itu, SPV yang beroperasi secara holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan ini dapat memastikan kos operasi yang tidak membebankan kerana setiap kos yang dibelanjakan oleh SPV akan dipantau secara langsung melalui kuat kuasa Akta Industri Perkhidmatan Air, 2006 (Akta 655). Syarikat SPV tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Ini dapat memastikan kadar tarif munasabah dapat dicapai.

    Melalui peranan yang diambil oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), SPV tidak di beban dengan Kos Pembangunan (CAPEX) kerana ia akan diambil alih oleh PAAB. Dengan kaedah ini, kos pembangunan tidak akan dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

    Di bawah rejim pelesenan, SPAN melalui peruntukkan di bawah Akta 655 boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan aras kadar yang hendak dicajkan bagi perkhidmatan air termasuk kadar air pukal dan kadar tarif air.

     

    Sebagai sebuah syarikat SPV yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, kawalan secara langsung dapat diberikan oleh Kerajaan Negeri. Ditambah pula dengan adanya pengawasan dan pengawalan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pemantauan ke atas prestasi operator akan dapat dilaksanakan lebih teratur dan berkesan terutamanya ke atas aspek ekonomi, teknikal, sosial dan perlindungan pengguna. Ini dapat mengujudkan sistem tadbir urus yang lebih cekap dan telus di mana kepentingan rakyat akan diberi perhatian utama. Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat direalisasikan di bawah struktur baru ini.

    Memandangkan terdapat banyaknya kebaikan dibawah penstrukturan semula industri perkhidmatan air sebagaimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri dan tidak bertentangan langsung dengan lunas-lunas perundangan yang digariskan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor berusaha dengan gigihnya untuk mengambil alih syarikat-syarikat Pemegang Konsesi Air sedia ada dengan membuat beberapa kali tawaran pengambilalihan. Namun semua tawaran yang dikemukakan itu ditolak oleh semua Pemegang Konsesi melainkan ABASS. Asas penolakan oleh setiap Pemegang Konsesi adalah berdasarkan kepada kerakusan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda sedangkan pada hakikatnya mereka telah mendapat pulangan keuntungan dan sebagai pampasan Kerajaan Negeri Selangor menawarkan pulangan sebanyak 12% atas pelaburan yang telah dibuat. Tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah mengambil kira perkara-perkara berikut:-

    1. Hasrat Kerajaan Negeri Selangor melalui KDEB untuk membeli 100% pegangan ekuiti yang ada di dalam setiap Syarikat Konsesi Air;

     

    1. Nilai Ekuiti dibuat berdasarkan prinsip-prinsip berikut: –

     

    • Aset Air akan diambil oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) serentak dengan pengambilalihan ekuiti oleh

     

    • Ekuiti Pemegang saham termasuk semua bentuk pelaburan dan sumbangan oleh para pemegang saham (seperti biasa atau saham keutamaan, pendahuluan dan, di mana alat berkenaan, ekuiti hutang juga diambil kira).

     

    • Pulangan atas Ekuiti Pemegang Saham dikira pada 12% setahun sehingga 31 Disember 2012 (dengan tidak pengkompaunan) dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen

     

    • Liabiliti yang akan diambil alih oleh PAAB termasuk semua hutang tertunggak yang berkaitan dengan air yang terhutang oleh Pemegang Saham, yang termasuk:

     

    1. Bon yang diperoleh oleh Acqua SPV Berhad (“Acqua SPV”) atau berada di dalam pasaran modal;

     

    1. Pinjaman komersial, jika berkenaan; dan

     

    1. Pinjaman kerajaan, jika

     

     

    1. Nilai tawaran pengambilalihan ditetapkan sebanyak 65bilion;

     

    1. Pembayaran nilai ekuiti akan dibuat secara tunai setelah semua pihak berpuas hati dengan nilai yang ditawarkan. Namun jika ada pihak yang tidak berpuas hati, maka sebarang pertikaian ke atas nilai tawaran tersebut bolehlah dirujuk kepada Tribunal Timbang Tara yang berpusat di London di mana Badan Timbang Tara tersebut hendaklah tidak memutuskan harga yang lebih rendah dari harga tawaran di mana Kerajaan Negeri Selangor akan patuh kepada apa jua harga saksama yang ditetapkan oleh Tribunal ;

     

    1. Proses ketekunan wajar (Due diligence) akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan tawaran oleh Pemegang saham Syarikat Konsesi.

     

    Memandangkan setelah beberapa tawaran pengambilalihan ditolak oleh Pemegang Konsesi Air, Kerajaan Negeri Selangor akhirnya pada 31 Disember 2013, menyerahkan kepada budi bicara Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air bagi menguatkusakan peruntukan Seskyen 114 di bawah Akta 655 bagi mengambil alih syarikat konsesi air itu. Sekiranya penstrukturan semula ini tidak dapat dimuktamadkan sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor, maka industri perkhidmatan air sedia ada akan dibebankan dengan masalah-masalah utama yang akhirnya boleh merugikan rakyat dan menjejaskan operasi industri itu.   Antara masalah utama yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • kekangan aliran tunai yang dihadapi oleh SYABAS hingga menyebabkan SYABAS berada dalam keadaan keberhutangan yang sangat meruncing dan boleh menyebabkan kegagalan dalam membayar harga pembelian air dengan penuh kepada Operator Rawatan Air di mana ini mengakibatkan SYABAS mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak 0 billion yang akan terus meningkat;

     

    • kekangan aliran tunai SYABAS telah menyebabkan bayaran separa 42% dibayar kepada Operator Rawatan Air yang sekali gus turut menjejaskan

     

    aliran tunai Operator Rawatan Air yang mana jika tidak diatasi boleh menjejaskan operasi;

     

    • SYABAS tidak berjaya di dalam memenuhi obligasi di bawah Perjanjian Konsesi dalam mencapai sasaran pengurangan Non Revenue Water (NRW) sebanyak 20% seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi walaupun SYABAS telah diberikan bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan untuk menangani

     

    • Keadaan industri yang tidak holistik akan terus menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang sangat tinggi seperti kadar Bulk Supply Rate (BSR), Fixed Monthly Payment (FMP), kos yang mana semua kos ini akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi lagi

     

    Oleh yang demikian, tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan ini adalah semata-mata untuk menjamin kepentingan rakyat Negeri Selangor dan seluruh pengguna perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil langkah yang seterusnya melalui peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dan berkaitan untuk memudah cara (facilitate) penstrukturan semula industri air Negeri Selangor selaras dengan Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 26 Februari 2014 yang disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

    Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dengan menandatangani MOU tersebut sebagai satu kesungguhan untuk bersama-sama menyelesaikan krisis industri air yang telah mencapai tahap kritikal bagi mengelakkan kepentingan rakyat terjejas.

    Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa penyelesaian ke atas semua masalah yang ditimbulkan dalam industri perkhidmatan air sedia ada hanya boleh dicapai dengan memuktamadkan penstrukturan semula di bawah Model Holistik yang sebenarnya telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2006 apabila Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) digubal. Di dalam penggubalan tersebut, kuasa perkhidmatan air yang dulunya di bawah pengendalian Kerajaan Negeri sepenuhnya telah dipindahkan di bawah Senarai Bersama, Perlembagaan Malaysia. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan air merupakan tanggung jawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Penggubalan ini juga berdasarkan kepada inti pati bahawa perkhidmatan air adalah perkhidmatan asas kepada rakyat yang hendaklah diuruskan oleh agensi Kerajaan bukan di tangan swasta yang boleh menggunakannya sebagai senjata untuk memeras ugut sebuah kerajaan dan menindas rakyat dalam hal kenaikan tarif serta memberi perkhidmatan sewenangnya apatah lagi keperluan kepada air tidak

     

    ada gantinya. Lebih malang lagi apabila perkhidmatan ini dimonopoli oleh satu syarikat.

    Dalam menjaga kepentingan rakyat Negeri Selangor juga, Kerajaan Negeri Selangor telah merancang sekiranya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan, rakyat Negeri Selangor yang juga merupakan pengguna perkhidmatan air akan diberikan pegangan saham di dalam SPV Air yang ditubuhkan.

    Pemberian saham tersebut adalah untuk memberi peluang kepada semua rakyat untuk turut mempunyai suara di dalam memberikan pandangan dan penambahbaikan dalam industri perkhidmatan air Negeri Selangor.

    Langkah sedemikian rupa boleh memberi kesan kepada budaya rakyat dalam mengamalkan sikap bertanggung jawab terhadap aset dan perkhidmatan air dan sekaligus memupuk rasa tanggung jawab untuk tidak membazir kepada sumber air sedia ada serta semangat cintakan alam sekitar di mana rakyat akan menjadi lebih bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan sungai- sungai yang merupakan sebahagian dari sumber air mereka.

    Namun demikian, nilai dan mekanisme pemberian saham air kepada rakyat akan diperhalusi setelah penstrukturan semula dimuktamadkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.