Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

39) INDUSTRI PEMELIHARAAN BURUNG WALIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan Industri Pemeliharaan Burung Walit di Negeri Selangor ?

    Sehingga setakat ini, Industri Pemeliharaan Burung Walet di Negeri Selangor masih
    berjalan seperti biasa memandangkan Kerajaan Negeri masih menunggu keputusan
    daripada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-63 (MNKT) mengenai Garis
    Panduan Pembangunan Industri Burung Walet yang dijangka akan diadakan
    sebelum akhir bulan Ogos 2010 walaupun Kerajaan Negeri sendiri telah mengambil
    inisiatif mewujudkan UUK Pelesenan Burung Walet dan prosedur pengurusan
    pemutihan serta pembangunan perusahaan burung walet agar ia selari.
    Penambahbaikan ke atas UUK dan prosedur berkenaan akan di tambah baik dari
    semasa ke semasa mengikut keperluan agar industri pemeliharaan Burung Walet di
    Negeri Selangor dapat berkembang dengan lebih baik di samping penekanan ke atas
    kawalan penguatkuasaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.