Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

15) INDUSTRI PELANCONGAN TEMPATAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan industri pelancongan tempatan pada tahun 2025?

    Antara strategi dan perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan industri pelancongan tempatan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

     

    • Penganjuran Kempen Pengiklanan bersasar seperti Pengiklanan melalui pesawat Air Asia, Paparan Billboard ‘Outdoor’, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Sosial;

     

    • Penganjuran Acara Pelancongan dan Kalendar Acara Tahun Melawat Selangor 2025 yang menyenaraikan beberapa acara utama seperti Art of Speed 2025, Keretapi Sarong 2025, Anugerah Pelancongan Selangor, Festival Sawah Padi 2025, Festival Bon Odori 2025, Petronas Grand Prix MotoGP, Selangor Food Mega Festival bertemakan Sate dan Durian serta Miss Kebaya Selangor;

     

    • Penganjuan program Mega FAM (Familiarization) Trip sepanjang tahun 2025 bersama Agensi Pelancongan, Persatuan Pelancongan dan media tempatan serta antarabangsa;

     

    • Memperkenalkan inisiatif Geran Industri Pelancongan, sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025). Geran khas ini diwujudkan bertujuan sebagai suntikan insentif kepada para penggiat industri pelancongan dalam usaha mempromosikan dan menyemarakkan kempen TMS 2025; dan

     

    • Penganjuran program pembangunan produk pelancongan seperti Selangor Hos Komuniti, Program Heritage Walk dan Program Pengiktirafan Produk Pelancongan.
  2. Bagaimanakah kerajaan mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan utama dengan melaksanakan program-program seperti berikut:

     

    1. Penganjuran Program Promosi Pelancongan Domestik, seperti Selangor Travel Fair, Penyertaan dalam MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year dan Program Jelajah Negeri;

     

    1. Penganjuran Program Promosi Luar Negara seperti World EXPO 2025 Osaka Japan, ITB Berlin 2025, OTM Mumbai India 2025, ATM Dubai 2025, Sales Mission India, ITB China, Shanghai 2025 dan Sales Mission China, Macau dan Taiwan; dan

     

    • Penyediaan konten kreatif dan promosi melalui laman media sosial seperti, program promosi kempen bersama dengan pempengaruh, selebriti dan  Key Opinion Leader  (KOL), penyediaan travelog pelancongan dan sebagainya.
  3. Apakah destinasi pelancongan baru yang sedang dan akan dipromosikan sehingga 2025?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sedang giat mempromosikan destinasi pelancongan baharu yang berpotensi dalam menarik kehadiran pelancong ke Negeri Selangor seperti berikut:

     

    • Taman Tema Splash Mania, Kuala Langat;
    • Paya Indah Discovery Wetlands, Kuala Langat;
    • Perkampungan Mah Meri Pulau Carey, Kuala Langat;
    • Riverine Splash @ Amverton Cove, Kuala Langat;
    • Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat;
    • Monkey Canopy’s, Kajang;
    • Skyline Luge, Rawang;
    • Big Bucket Splash, Rawang;
    • Jungle School, Gombak;
    • Gua Damai Extreme Park, Gombak;
    • Garden City Heritage Trail, Kuala Kubu Bharu;
    • Stargazing di Empangan Kuala Kubu Bharu;
    • The Sticks, Hulu Selangor;
    • Fraser Valley, Hulu Selangor;
    • Cholo-Cholo Hot Spring, Hulu Selangor;
    • Muzium Permainan Tradisional, Kuala Selangor;
    • Utama Farm, Petaling Jaya;
    • Escape Petaling Jaya;
    • Beryl’s Chocolate, Seri Kembangan; dan
    • Taman Riadah Panorama Bukit Antarabangsa, Ampang.

Lampiran

Tiada Lampiran.