Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
35) INDUSTRI PELANCONGAN PULAU KETAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pelancong yang mengunjungi Pulau Ketam pada tahun 2022 dan 2023?
Jumlah pelancong yang telah berkunjung ke Pulau Ketam pada tahun 2022 dan 2023 adalah:
Bil. Tahun Jumlah Pelancong 1. 2022 380,000* 2. 2023 488,000* -
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk meningkat taraf mutu perkhidmatan pelancongan di situ?
Antara perancangan / cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pelancongan di Pulau Ketam adalah :
- Pembinaan tandas awam berhampiran SMK Pulau Ketam dan SJK ( C ) Keng Chee, Pulau Ketam. Permohonan peruntukan untuk pembinaan tandas awam ini telah dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri. Status – masih menunggu keputusan.
- Pemasangan Papan Tanda Informasi Pelancongan di hadapan Jeti Pulau Ketam.
-
Apakah infrastruktur pelancongan yang bakal dibangunkan di situ?
Buat masa ini, pihak Majlis akan melaksanakan kerja-kerja pemasangan Papan Tanda Informasi di hadapan Jeti Pulau Ketam yang dijangka pada bulan Mac 2024.