Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

1) INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila huraikan perkembangan terkini industri pelancongan di Selangor?

    Perkembangan terkini industri pelancongan sehingga bulan Oktober 2016 di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    BIL PERKARA HURAIAN
    01. KEMPEN PROMOSI PELANCONGAN Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor menganjurkan kempen promosi pelancongan bermula pada tahun 2016 iaitu kempen „Discover Selangor‟ dan memperkenalkan slogan terbaharu iaitu, „Heart of Malaysia‟.

     

    Kempen ini merupakan hala tuju dalam menentukan sasaran pasaran pelancongan yang sedia ada dan pasaran baru dalam meningkatkan kedatangan pelancong sama ada dalam negara atau peringkat antarabangsa ke Negeri Selangor.

    02. JUMLAH KEDATANGAN PELANCONG Sehingga bulan Jun 2016, Negeri Selangor menerima 660,081 orang pelancong dalam dan luar negara. Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27.9% berbanding bulan Jun 2015 yang hanya menerima jumlah pelancong sebanyak 516,001 orang.

     

    5 Negara teratas yang datang melancong ke Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

        i)                    Singapura (75,200 orang)

    ii)                  Indonesia (40,431 orang)

    iii)                China (40,290 orang)

    iv)                 India (21,410 orang)

    v)                   Thailand (18,360 orang)

    03. TREND SEGMEN Untuk trend terkini Industri pelancongan di Negeri Selangor, beberapa tema pelancongan yang semakin mendapat perhatian antaranya seperti berikut:

    i.                    Pelancongan Eko dan Alam Semulajadi

    ii.                  Pelancongan Perniagaan (M.I.C.E: Meeting Incentive, Conference & Exhibition)

    iii.                Pelancongan Kesihatan (Medical Tourism)

    iv.                 Pelancongan Taman Tema

    v.                   Pelancongan Agro & Homestay

      PELANCONGAN
      SEPANJANG TAHUN
      2016
    04. PRODUK TERBARU PELANCONGAN i.                    Bangi Wonderland (Taman Tema)

    ii.                  Nickelodeon Lost Lagoon (Taman Tema)

    iii.                Sky Mirror Pulau Angsa, Kuala Selangor (Eko & Alam Semulajadi)

    iv.                 District 21 (Taman Tema)

    v.                   Enerz Indoor Extreme Park (Taman Tema)

    vi.                 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (Pusat Membeli Belah)

    vii.               Ioi City Mall (Pusat Membeli Belah)

    viii.             Four Points by Sheraton Hotel Puchong

    ix.                 Marriot Hotel Putrajaya, Sepang Utara

    x.                   Sekinchan (3D Art Museum, Ocean Gallery, Maze Park)

        PROJEK BERKONSEPKAN PELANCONGAN
        i.                    Empire City Damansara (Mammoth Empire Holdings Sdn. Bhd)

    ii.                  The Two (DA Land Sdn Bhd)

    iii.                Central i-City (i-Berhad, Central Pattana Public Company Limited)

    • Perkembangan terkini industri pelancongan sehingga bulan Oktober 2016 di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
    BIL PERKARA HURAIAN
    01. KEMPEN PROMOSI PELANCONGAN Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor menganjurkan kempen promosi pelancongan bermula pada tahun 2016 iaitu kempen „Discover Selangor‟ dan memperkenalkan slogan terbaharu iaitu, „Heart of Malaysia‟.

     

    Kempen ini merupakan hala tuju dalam menentukan sasaran pasaran pelancongan yang sedia ada dan pasaran baru dalam meningkatkan kedatangan pelancong sama ada dalam negara atau peringkat antarabangsa ke Negeri Selangor.

    02. JUMLAH KEDATANGAN PELANCONG Sehingga bulan Jun 2016, Negeri Selangor menerima 660,081 orang pelancong dalam dan luar negara. Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27.9% berbanding bulan Jun 2015 yang hanya menerima jumlah pelancong sebanyak 516,001 orang.

     

    5 Negara teratas yang datang melancong ke Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

        i)                    Singapura (75,200 orang)

    ii)                  Indonesia (40,431 orang)

    iii)                China (40,290 orang)

    iv)                 India (21,410 orang)

    v)                   Thailand (18,360 orang)

    03. TREND SEGMEN Untuk trend terkini Industri pelancongan di Negeri Selangor, beberapa tema pelancongan yang semakin mendapat perhatian antaranya seperti berikut:

    i.                    Pelancongan Eko dan Alam Semulajadi

    ii.                  Pelancongan Perniagaan (M.I.C.E: Meeting Incentive, Conference & Exhibition)

    iii.                Pelancongan Kesihatan (Medical Tourism)

    iv.                 Pelancongan Taman Tema

    v.                   Pelancongan Agro & Homestay

      PELANCONGAN
      SEPANJANG TAHUN
      2016
    04. PRODUK TERBARU PELANCONGAN i.                    Bangi Wonderland (Taman Tema)

    ii.                  Nickelodeon Lost Lagoon (Taman Tema)

    iii.                Sky Mirror Pulau Angsa, Kuala Selangor (Eko & Alam Semulajadi)

    iv.                 District 21 (Taman Tema)

    v.                   Enerz Indoor Extreme Park (Taman Tema)

    vi.                 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (Pusat Membeli Belah)

    vii.               Ioi City Mall (Pusat Membeli Belah)

    viii.             Four Points by Sheraton Hotel Puchong

    ix.                 Marriot Hotel Putrajaya, Sepang Utara

    x.                   Sekinchan (3D Art Museum, Ocean Gallery, Maze Park)

        PROJEK BERKONSEPKAN PELANCONGAN
        i.                    Empire City Damansara (Mammoth Empire Holdings Sdn. Bhd)

    ii.                  The Two (DA Land Sdn Bhd)

    iii.                Central i-City (i-Berhad, Central Pattana Public Company Limited)

     

  2. Sila nyatakan apakah implikasi kelembapan ekonomi global terhadap perkembangan industri pelancongan?

    Isu kelembapan ekonomi sememangnya memberi kesan terhadap industri pelancongan dan hospitaliti dunia. Antara implikasi kelembapan ekonomi global terhadap sektor pelancongan seperti berikut:

    • Krisis kewangan yang datang dari negara-negara maju (develop countries) akan memberi impak besar kepada negara-negara membangun (developing countries). Krisis ini datang daripada pelbagai isu seperti kekurangan sumber makanan dan krisis bahan api yang menyebabkan negara-negara membangun mengalami kekurangan pelbagai sumber seterusnya melembabkan pembangunan. Hal ini juga menyebabkan kedatangan dan pergerakan pelancong antarabangsa
    • Perniagaan yang berteraskan pelancongan seperti hotel menerima impak yang paling besar dari segi penjualan bilik dan juga pakej M.I.C.E dalam tempoh ini. Hotel yang berkonsepkan percutian (holiday) seperti resort yang bergantung kepada pasaran yang besar seperti Eropah, China, Amerika dan Australia akan kehilangan pelanggan oleh sebab pengurangan perbelanjaan dan juga pengurangan tempoh menginap semasa melancong. Ianya menyebabkan hotel dan resort ini sukar memperolehi pendapatan untuk bertahan lama di dalam
    • Syarikat penerbangan juga turut mengalami impak negatif diatas kelembapan ekonomi global. Perniagaan syarikat penerbangan terjejas dengan harga minyak yang meningkat disebabkan oleh turun naik ekonomi global. 35% daripada perbelanjaan syarikat penerbangan kebiasaanya bergantung kepada kos bahan api, seterusnya akan memberi kesan besar kepada kos perbelanjaan perjalanan. Harga tiket penerbangan yang mahal membuatkan pelancong mengehadkan perjalanan mereka dan syarikat penerbangan pula terpaksa menghentikan operasi penerbangan ke destinasi yang tidak menguntungkan.
    • Krisis ekonomi global turut menjejaskan agensi pelancongan dan operator pelancongan yang bergantung kepada pasaran jarak jauh seperti di Eropah, Amerika Utara dan Australia. Kebergantungan tinggi syarikat-syarikat ini ke pasaran tersebut mewujudkan cabaran yang besar kerana banyak lawatan pelancongan dibatalkan atau
    • Kesan krisis ini akan menyebabkan pelbagai permasalahan termasuk pembatalan tempahan, mengurangkan kadar pekerjaan, kurang keyakinan pelanggan, permintaan yang rendah, dan mengurangkan perbelanjaan pelancong.
  3. Sila kemukakan apakah perancangan promosi industri pelancongan bagi 5 tahun akan datang?

    Berikut merupakan pelan strategik Promosi Pelancongan Tourism Selangor dari tahun 2016-2020 (5 tahun)

    BIL. PELAN STRATEGIK

    PROMOSI PELANCONGAN

    KETERANGAN
    01. Penjenamaan Kempen ·         “Discover Selangor, Heart of Malaysia” merupakan kempen peningkatan kesedaran dan juga permintaan di dalam pasaran utama bidang pelancongan seterusnya meletakkan aras yang jelas untuk memberikan produk pelancongan yang berkualiti serta servis yang terbaik.

    ·         Strategi pemasaran yang unik dan kreatif

    ·         Kempen promosi yang menggalakkan pengalaman, acara, infrastruktur serta pembangunan dan peningkatan jualan

    perniagaan pelancongan.

    02. Meningkatkan permintaan (demand) daripada pasaran Negara China, India dan pasaran baru. ·         Menambah peningkatan jumlah pelancong dan jumlah resit pelancongan

    ·         Mempergiatkan siri promosi di bandar- bandar menengah (second-tier cities) di Negara China seperti, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Kunming, Chengdu dan Dongguan. Manakala Negara India adalah seperti, Lucknow, Jaipur, Kochin dan Srinagar.

    ·         Meningkatkan penglibatan program promosi luar negara di dalam pasaran baru.

    ·         Menggalakkan peningkatan pakej

    „inbound‟    untuk    produk    pelancongan Negeri Selangor.

    03. Membina kapasiti digital

    yang kompetetif

    ·         Meningkatkan      penggunaan    kaedah

    pemasaran      digital     dalam      program

     

        promosi dan pengiklanan

    ·         Menyampaikan peranti dan aplikasi yang

    memenuhi keperluan pelanggan dalam sasaran digital dan dalam talian.

    04. Menggalakkan pelaburan dan perniagaan pelancongan ·         Meningkatkan sumbangan di dalam bidang pelancongan perniagaan / MICE.

    ·         Bekerjasama dengan pihak Invest Selangor untuk menarik pelabur dalam bidang pelancongan

    ·         Dengan pertumbuhan ekonomi Selangor, segmen pelancongan perniagaan merupakan peluang yang besar untuk memacu pertumbuhan dalam kedua-dua lawatan pelancong antarabangsa dan domestik – untuk perniagaan (business) dan percutian (leisure)

    ·         Strategi ini dirancang untuk menggalakkan pelancong perniagaan (business traveller) untuk,

    i)                    Membawa Rakan

    ii)                  Tinggal dengan lebih lama

    iii)                Kembali ke Selangor semula untuk bercuti

    05. Acara Pelancongan ·         Acara pelancongan memainkan peranan yang penting dalam merancakkan aktiviti promosi pelancongan dalam dan luar negara

    ·         Acara pelancongan juga membantu di dalam kekuatan penjenamaan kempen “Discover Selangor, Heart of Malaysia”

    ·         Mempromosikan kalendar acara pelancongan yang berlangsung di Negeri Selangor termasuk acara yang dianjurkan oleh organisasi luar yang dapat menarik para pelancong dalam dan luar negara.

    ·         Promosi acara sukan yang mendapat

    perhatian pelancong dalam dan luar negara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.