Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
223) INDUSTRI PELANCONGAN KETIKA RINGGIT JATUH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana prestasi Industri Pelancongan dalam tempoh matawang Ringgit Malaysia menurun?
Penyusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia mungkin boleh mendatangkan faedah kepada industri pelancongan sekiranya kita berpandukan dua (2) andaian atau hipotesis utama iaitu:
Pelancong datang dari negara di mana mata wang negara tersebut mempunyai nilai lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia dan kelebihan mata wang tersebut menjadi insentif atau dorongan kepada pelancong untuk melawat
Salah satu contoh terbaik bagi menjelaskan senario ini ialah bagi kedatangan pelancong dari Negara Singapura. Pelancong dari Negara Singapura merupakan pelancong luar negara yang paling ramai datang ke Malaysia. Ketibaan pelancong dari Singapura telah meningkat sebanyak 5.7 % antara tahun 2013 dan 2014, tetapi Dolar Singapura mencatat peningkatan hanya sebanyak 1.5 % berbanding Ringgit Malaysia.
Berbanding Negara Brunei yang menduduki tempat ketiga di dalam senarai kedatangan pelancong ke Malaysia, mata wang Brunei juga telah menambah nilai sebanyak 1.5% berbanding dengan Ringgit Malaysia sama seperti Singapura pada tempoh yang sama, namun prestasi kedatangan pelancong dari Brunei telah menurun sebanyak 2.1%.
Negara Indonesia pula merupakan sumber kedua jumlah kedatangan pelancong paling banyak melawat Malaysia pada tempoh yang sama iaitu antara tahun 2013-2015 dengan jumlah kedatangan pelancong Indonesia telah mencatat kenaikan sebanyak 11% manakala kenaikan
mata wang rupiah mencatat sebanyak 4% berbanding dengan Ringgit Malaysia.
Mata wang Yuan Negara China pula telah menambah nilai sebanyak 3.8% berbanding Ringgit Malaysia namun dari segi kedatangan pelancong, ia telah mencatat penurunan sebanyak 10% dalam tempoh tahun yang sama.
Jadi, sekiranya merujuk kepada empat (4) negara sumber utama kedatangan pelancong ke Malaysia, kedudukan dan prestasi Ringgit Malaysia yang semakin lemah tidak menjamin penambahan kedatangan pelancong.
Nilai mata wang Dolar Amerika dan mata wang negara-negara yang berkaitan dengannya sedang meningkat berbanding dengan Ringgit Malaysia. Walau bagaimanapun, Malaysia menerima lebih banyak pelancong dari Negara – negara Eropah (European Union) sedangkan nilai mata wang Euro pada ketika ini sedang jatuh berbanding dengan Ringgit Malaysia.
Kesimpulannya, contoh-contoh yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa penurunan nilai Ringgit Malaysia tidak semestinya diterjemahkan kepada penambahan kedatangan pelancong. Maka anggapan atau hipotesis bahawa nilai mata wang yang lemah akan bawa lebih banyak pelancong adalah tidak benar. Keputusan pelancong melawat sesebuah negara adalah bergantung kepada pelbagai sebab dan alasan di antaranya adalah:
- trend pelancongan
- promosi
- keselamatan dan;
- lain-lain perkara.
data tourism daripada http://corporate.tourism.gov.my/images/research/pdf/2014/arrival/To urist_Arrivals_Dec_2014.pdf]
- Andaian kedua ialah anggapan bahawa kos operasi atau pengendalian industri pelancongan tidak terjejas akibat kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia.
Namun begitu ada masalah dengan anggapan tersebut. Industri pelancongan mempunyai hubung kait dengan barangan import – dari makanan, barangan, dan lain-lain kerana ia merupakan satu sektor yang perlu memenuhi cita rasa, selera dan permintaan pelanggan.
Maka kos barang-barang yang dibawa masuk khasnya daripada sumber yang didominasi oleh mata wang Dolar Amerika Syarikat akan meningkat.
Sehubungan itu, kebanyakan kos barangan akan meningkat disebabkan oleh perkenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan. Berdasarkan data yang diambil daripada data Pertumbuhan Ekonomi Negara (National Economic Growth), kita boleh menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara yang lemah daripada 5.6% pada suku pertama tahun 2015 (1Q2015) kepada sekitar 4.2% pada suku ke-2 tahun 2015 (2Q2015).
Oleh yang demikian, sekiranya terdapat keuntungan yang diperoleh disebabkan oleh kenaikan kedatangan pelancong luar negara, keuntungan ini akan dibatalkan atau diimbangkan. Tambahan pula trend ekonomi Malaysia tidak begitu positif dan ini juga akan memberi kesan kepada industri pelancongan secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun, status prestasi Industri Pelancongan dapat diukur melalui status dan statistik kehadiran pelancong ke Negeri Selangor. Sehingga bulan Julai 2015, jumlah kedatangan pelancong yang datang ke Negeri Selangor adalah seramai 5,280,646 orang yang terdiri daripada 2,991,564 orang pelancong domestik dan 2,289,982 orang pelancong luar negara. Berbanding prestasi tahun sebelumnya pada tempoh yang sama, ia menunjukkan peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 8.3% iaitu bersamaan seramai 4,843,91 pada Julai tahun 2014.
Statistik lengkap Kehadiran Pelancong Ke Negeri Selangor sehingga Julai tahun 2015 adalah seperti yang berikut:
2011 2012 2013 2014 2015 (JULY) Domestic 3,314,714 3,515,254 3,576,050 3,600,098 2,991,564 Foreign 2,725,704 2,850,856 3,125,387 2,472,739 2,289,082 TOTAL 6,040,418 6,366,110 6,701,437 6,072,837 5,280,646 % 2011/2012 5.12% % 2012/2013 5.26% % 2013/2014 ≤ 5.16% Sumber: Tourist Information Centre, Tourism Selangor, KLIA
-
Bagaimana permintaan terhadap sektor pelancongan kesihatan di Selangor? Apakah rancangan jangka panjang bagi meningkatkan pelancongan sektor ini?
Pelancongan perubatan, juga dikenali sebagai pelancongan kesihatan, merupakan sektor yang berkembang pesat dalam memenuhi keperluan pesakit yang melancong ke luar negara untuk menerima rawatan perubatan. Secara umumnya, kedua-dua aktiviti rawatan dan percutian perubatan digabungkan sebagai satu pakej kepada pesakit serta
Pelancongan kesihatan adalah satu trend baru yang pesat berkembang di dalam sektor penjagaan kesihatan. Walaupun berlakunya kelembapan ekonomi global, Malaysia mengekalkan pertumbuhan lebih daripada 20% dalam pelancongan perubatan khususnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2014, sebanyak 882,000 pelancong kesihatan tiba di Malaysia dengan menjana hasil berjumlah RM730 juta. Manakala peningkatan kedatangan pelancong kesihatan sebanyak 10% dijangka dicapai pada tahun 2015.
Statistik ini secara langsung menjelaskan kedudukan dan prestasi pelancongan kesihatan di Negeri Selangor. Pada masa ini, terdapat 71 buah hospital panel swasta yang berdaftar dengan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), di mana 20 buah daripadanya terletak di Selangor. Jumlah ini adalah kecil sekiranya ingin diambil kira keseluruhan industri kesihatan lain seperti hospital swasta, perubatan tradisional dan homeopati, fisioterapi, produk-produk berkaitan farmasi dan kosmetik, makanan kesihatan, spa dan penjagaan kesihatan, hotel dan resort serta pengendali pusat jagaan kesihatan.
Secara umumnya, pelancongan kesihatan di Negeri Selangor telah berkembang pesat kesan daripada kedudukan Negeri Selangor yang terletak mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kelebihan logistik, kedudukan lapangan terbang utama seperti KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 dan Subang Skypark yang berada di negeri ini telah menjadikan negeri Selangor sebagai pilihan utama pelancong datang untuk mendapatkan rawatan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan sedang meneliti kaedah yang terbaik dalam menaikkan lagi potensi serta jumlah kedatangan pelancong kesihatan ke negeri ini. Antara usaha awal yang telah diambil adalah melalui penganjuran ‘Selangor Wellness and Living Expo’ (SWELL 2015) dengan kerjasama Tourism Selangor yang telah dianjurkan pada 26 dan 27 September yang lalu. Melalui penganjuran acara ini secara tahunan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) tahun akan datang, Kerajaan Negeri menyasarkan untuk meningkatkan kedatangan pelancong kesihatan meningkat sebanyak sekurang-kurangnya 20 peratus setahun dengan mengambil kira kekuatan produk pelancongan dan perkhidmatan hotel terbaik yang terdapat di negeri ini.