Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
74) INDUSTRI PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa destinasi pelancongan yang bukan diperkembangkan dan di peruntukan oleh Kerajaan Selangor? Berikan senarai penuh destinasi-destinasi
Terdapat 19 destinasi pelancongan yang telah dikenalpasti di mana ianya bukan
diperkembangkan dan diperuntukan oleh Kerajaan Selangor. Berikut adalah senarai
bagi destinasi tersebut :
1. Bukit Belimbing Fireflies
2. Batu Caves
3. Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
4. Ampang Look- Out Point
5. Royal Selangor Pewter
6. Natural Batu Arang
7. Selangor Fruit Valley
8. Taman Rimba Komanwel
9. Taman Agrotek Garden & Resort
10. Lembah Pangsun Eco Resort
11. Medan Sate Kajang
12. Taman Peringatan Nirvana
13. Ladang Orkid Antarabangsa Serendah
14. Pusat Latihan & Resort Kalumpang
15. Ladang Longan Soon Beng
16. Taman Tema Sunway Lagoon
17. Sunway Extreme Park
18. Mines Wonderland
19. Wet World Waterpark -
Bajet tahunan yang diperuntukkan kepada projek pelancongan Selangor sejak tahun 2004
Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM 9,625,290 sejak tahun 2004 hingga
2008 bagi projek pelancongan di Negeri Selangor. -
Jumlah pendapatan tahunan untuk mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor?
Setakat ini Kerajaan Negeri hanya memperuntukan sebanyak RM 500,000.00 setahun
untuk mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor. Oleh yang demikian,
perbelanjaan akan dibuat dengan peruntukan sedia ada sahaja.