Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
109) INDUSTRI PELANCONGAN DI LEMBAH KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan Selangor untuk membangunkan produk-produk pelancongan di tempat-tempat bersejarah di Lembah Klang setiap tahun bermula tahun 2008?
Jumlah pecahan peruntukan bagi membangunkan produk-produk pelancongan di Negeri Selangor bagi tahun 2008 hingga 2013 adalah berjumlah RM 11.6 juta dengan pecahan seperti jadual di bawah. Manakala pecahan bagi setiap daerah adalah seperti di Lampiran A.
TAHUN PERUNTUKAN (RM)
2008 2,127,041.35 2009 3,475,628.00 2010 1,101,795.00 2011 2,141,592.85 2012 1,926,533.58 2013 889,000.00 JUMLAH 11.6 Juta -
Apakah strategi kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah?
Antara strategi bagi menarik lebih ramai pelancong untuk melawat ke tempattempat bersejarah adalah seperti berikut:-
- Mempromosikan tempat-tempat bersejarah secara meluas sama ada di dalam mahupun di luar negara semasa siri promosi pelancongan.
- Menggunakan semua saluran media yang sedia ada mahupun media alternatif serta penggunaan lawan web rasmi Tourism Selangor dalam mempromosikan tempat-tempat bersejarah yang harus dilawati oleh pelancong.
- Menganjurkan siri lawatan media dan agensi pelancongan dari dalam dan luar negara bagi memastikan semua maklumat berkaitan tempat-tempat bersejarah ini dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan kepada para pelancong.
- Mengedarkan risalah pelancongan berkaitan tempat-tempat bersejarah di Negeri Selangor kepada masyarakat umum bagi membolehkan mereka mendapat maklumat dan merancang percutian mereka.
LAMPIRAN A
BIL. AGENSI 2008 2009 2010 2011 2012 2013 1. MBSA – – – 45,000.00 50,000.00 – 2. MBPJ – – 19,945.00 – – – 3. MPK – – 130,245.00 218,450.00 90,000.00 50,000.00 4. MPAJ – – – 37,500.00 – – 5. MPSJ – – – – 43,662.00 – 6. MPS – – – 97,500.00 90,988.00 250,000.00 7. MPKJ – – 19,945.00 37,500.00 – – 8. MPSp – – 130,245.00 22,500.00 – 170,000.00 9. MDHS – – – 82,500.00 96,970.00 50,000.00 10. MDKS 1,047,855.40 373,054.40 130,245.00 37,500.00 237,905.00 – 11. MDKL 759,745.20 – – 67,500.00 308,362.80 – 12. MDSB – 373,054.40 19,945.00 37,500.00 319,958.22 199,000.00 BIL. AGENSI 2008 2009 2010 2011 2012 2013 13. PDT Petaling – – – – – – 14. PDT Klang – – – – – – 15. PDT Gombak – – – – – – 16. PDT Kuala Langat – – 130,245.00 – – – 17. PDT Hulu Langat – – 130,245.00 55,867.47 – – 18. PDT Sepang – – – – 75,500.00 – 19. PDT Hulu Selangor – – 130,245.00 – – – 20. PDT Kuala Selangor
– – – – – – 21. PDT Sabak Bernam
– – 130,245.00 – – – 22. Jab. Perhutanan Negeri Selangor
– – – – 200,000.00 20,000.00 23. Tourism Selangor 319,440.75 2,729,519.20 130,245.00 1,402,275.38 413,187.56 150,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 2,127,041.35 3,475,628.00 1,101,795.00 2,141,592.85 1,926,533.58 889,000.00