Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
58) INDUSTRI PELANCONGAN AGRO
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kehadiran dan pendapatan Kerajaan Negeri dari pelancongan agro pada 2015-2017?
Tourism Selangor telah mendapatkan data statistik kehadiran pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2015 hingga bulan Jun 2017, walau bagaimanapun statistik kehadiran tersebut tidak menunjukkan kehadiran mengikut segmen pelancongan Agro dalam Negeri Selangor secara
Walau bagaimanapun, daripada keseluruhan segmen pelancongan di Negeri Selangor, Pelancongan Agro merupakan segmen pelancongan ketiga (ke-3) terbesar, iaitu 15% dalam keseluruhan 10 segmen utama pelancongan di Negeri Selangor, seperti berikut:-
Tahun Pelancong Luar Negara
Pelancong Tempatan
Jumlah Keseluruhan
2015 3,286,363 3,728,550 7,014,913 2016 3,265,166 4,018,366 7,283,532 2017 (sehingga bulan Jun)
1,707,832 2,018,142 3,725,974 Manakala jumlah resit pelancongan pendapatan Kerajaan Negeri dari industri pelancongan, mengikut jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor secara keseluruhan adalah seperti berikut;
Tahun Hasil Pendapatan Pelancongan (RM)
2015 4,920,259,978.20 2016 5,108,669,344.80 2017 (sehingga Jun) 2,613,398,163.60 -
Senaraikan 10 lokasi utama pelancongan agro di Selangor mengikut turutan?
Terdapat pelbagai produk pelancongan agro di Negeri Selangor. 10 lokasi utama agro pelancongan di Selangor yang menjadi pilihan pelancong adalah seperti berikut;
- Kawasan Pelancongan Sekinchan, Sabak Bernam
- Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam
- Homestay Sungai Sireh, Kuala Selangor
- Homestay Banghuris, Sepang
- Selangor Fruits Valley, Bestari Jaya
- Genting Strawberry Leisure Farm, Hulu Selangor
- Taman Botani Negara Shah Alam, Shah Alam
- Pulau Ketam, Klang
- Kuan Wellness Ecopark, Kuala Langat
- Paya Indah Wetlands, Kuala Langat
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri ini?
Kerajaan Negeri sentiasa komited di dalam usaha untuk memajukan potensi pelancongan yang terdapat di dalam Negeri Selangor termasuklah pembangunan dan program promosi pelancongan untuk kawasan pelancongan Agro. Peruntukan menaik taraf produk-produk pelancongan agro bergantung kepada permohonan yang dikemukakan oleh setiap Pejabat Tanah/ Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap tahun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 2.5 Juta bagi tujuan menaik taraf produk pelancongan di dalam negeri Selangor termasuk dalam membangunkan industri pelancongan agro.
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor membantu memasarkan produk pelancongan agro ini dan berusaha membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Antara peranan Tourism Selangor untuk membangunkan industri ini adalah;
i) Pengiklanan Media Cetak dan Bahan Terbitan
Tourism Selangor juga mempromosikan pelancongan melalui pengiklanan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah promosi. Poster informasi beserta laporan dan artikel diperbanyakkan di media tempatan dan bertaraf antarabangsa.
Selain itu, Tourism Selangor juga menerbitkan risalah pelancongan seperti direktori pelancongan, peta, dan info grafik untuk memberikan informasi lengkap berkenaan Pelancongan Agro. Antaranya seperti, Selangor Breakaway, Selangor Travel Guide dan Selangor Coffee Table Book.
Mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk agro- pelancongan di dalam siri promosi di dalam dan luar negara yang disertai bagi tahun 2017. Program promosi dalam negara yang disertai oleh Tourism Selangor seperti berikut;
- Program MATTA Fair (2 kali setahun)
- Johor MATTA Fair
- Malaysia Inbound Travel Fair 2017 (MITA)
- SWELL 2017
- Selangor International Expo (SIE)
- Program Promosi Sempena Sukan SEA
iii) Program promosi luar negara yang disertai oleh Tourism Selangor adalah seperti berikut;
- Asean Tourism Forum (ATF), Singapura
- SATTE, New Delhi, India
- ITB Berlin 2017
- Taipei Tourism Expo 2017
- Hana Tour International Travel Show, Korea
- Japan Association of Travel Agents (JATA)
iv) Hebahan melalui Laman web dan Media Sosial Tourism Selangor
Tourism di dalam laman web rasmi akan sentiasa mempromosi pelancongan sukan negeri dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat. Laman web Tourism Selangor boleh dilayari melalui http://www.tourismselangor.my. Laman Media sosial Tourism Selangor mempunyai jumlah pengikut yang ramai melebihi 100,000 followers. Facebook, Twitter dan Weibo Tourism Selangor menggunakan profil nama @TourismSelangor serta Instagram menggunakan profil @DiscoverSelangor dapat mempromosikan pelancongan agro di Negeri Selangor dengan lebih efektif dan meluas.
Penganjuran Program FAM Trip (Familiarization Trip)
Tourism Selangor bekerjasama dengan produk-produk pelancongan yang berteraskan pelancongan agro untuk menganjurkan sesi lawatan tapak atau FAM Trip bersama dengan agensi pelancongan dan agensi media tempatan dan antarabangsa.