Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

163) INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan pemulihan industri pelancongan Selangor pasca pandemik?

    Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor buat masa ini akan mengguna pakai Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai panduan pelan pemulihan sektor pelancongan di Negeri Selangor. Ianya memandangkan keputusan pelaksanaan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebenaran beroperasi perniagaan pelancongan berada dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

     

    Walau bagaimanapun untuk memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan negeri yang prihatin, kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan bantuan bagi menangani kesan Covid-19 berjumlah RM5.51 juta kepada sektor pelancongan melalui dua Pakej Ransangan iaitu Pakej Ransangan Selangor Prihatin (RM2.6 juta) pada tahun 2020 dan Pakej Kita Selangor 2.0 (RM2.55 juta) pada tahun 2021 ini.

     

    Melalui 2 pakej ransangan ini, 6 inisiatif telah dan akan dilaksanakan seperti berikut :

     

    Inisiatif-inisiatif tersebut memberi manfaat kepada pemain-pemain industri pelancongan seperti Pengusaha Penginapan Pelancongan (Hotel & Homestay), Frontliner Pelancongan (Pemandu Pelancong & Hos Komuniti), Agensi Pelancongan dan Pengembaraan (Berlesen dengan MOTAC) dan Persatuan-Persatuan Pelancongan yang menaungi keseluruhan pemain-pemain industri pelancongan di Negeri Selangor. Disamping itu, ianya dijangka mampu memulihkan dan menyemarakkan semula sektor pelancongan pada tempoh pasca Covid-19 yang akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.