Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

98) INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan industri pelancongan negeri Selangor?

    1. JAWAPAN DARIPADA TOURISM SELANGOR

                 TSSB giat menyertai promosi pelancongan dalam dan luar Negara seperti :-

    • ITB German
    • Fascinating Malaysia Singapore
    • Malaysia Domestic Tourism Fair (MDTF)
    • MATTA Fair
    • Corporate Bazaar (Tourism Malaysia)
    • Discover Malaysia Tourism Fair Singapore
    • World Travel Mart London
    • Arabian Travel Mart
    • Zoom Malaysia Penang
    • Zoom Malaysia Pahang
    • MATTA Selangor and Muslim Travel (MASUM)
    • China International Travel Mart Shanghai

     

    •        Menyediakan bahan promosi seperti majalah dan risalah pelancongan
      • Selangor 102’e
      • Selangor Breakway
      • Risalah Homestay Selangor
      • Risalah Golf Selangor
      • Risalah Pelancongan (Selangor in General)
    • Bekerjasama dengan hotel-hotel di Selangor untuk menyediakan pakej-pakej yang lebih menarik dengan harga berpatutan

     

    • Mempromosikan kawasan baru serta produk pelancongan yang baru seperti :
      • Sepang Gold Coast
      • Subang Sky Park
      • Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor
      • Klang Heritage Walk
      • Galeri DiRaja
      • Muzium Satay
      • Mempergiatkan promosi “Medical tourism”
      • Mempergiatkan promosi “Education Tourism”
      • Mempergiatkan Promosi Sukan Ekstrem seperti “White Water Rafting” di Hulu Selangor
      • Mempergiatkan promosi Homestay di Selangor
      • Membangunkan sukan “Paint Ball”
      • Program pertukaran maklumat dengan Negara yang telah berjaya dalam program homestay contohnya seperti Negara Taiwan
      • Mengadakan program-program yang mempunyai “Signature of Selangor” seperti Musical Extravaganza dan yang lain-lain

     

     

  2. Pantai Bagan Lalang di Daerah Sepang merupakan tempat pelancongan yang terkenal, apakah jenis sumbangan kerajaan negeri ke atas tempat pelancongan itu?

    JAWAPAN DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

    Pantai Bagan Lalang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang. Oleh itu perkhidmatan perbandaran seperti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan dilakukan oleh pihak Majlis. Di samping itu, pihak Majlis kerap menganjurkan aktiviti sebagai daya tarikan pelancong seperti karnival jualan, pesta pantai, sukan rakyat dan lain-lain.

     

    Pihak Majlis juga telah membina dan menyelenggara 2 buah tandas awam, taman permainan kanak-kanak, gerai jualan dan surau untuk kegunaan/ kemudahan pelancong-pelancong.

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memelihara kelip-kelip yang hampir pupus di Kuala Selangor supaya ia terus menjadi tarikan pelancongan?

    JAWAPAN DARIPADA MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

    Setakat ini tiada data dan maklumat yang jelas berkenaan kepupusan koloni kelip-kelip di Kuala Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah tertentu yang melibatkan pengambilan balik tanah bagi tujuan mengawal aktiviti penerokaan haram. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 18/2009 yang bersidang pada 3 Jun 2009 telah meluluskan Cadangan Pengambilan Balik Tanah seluas 210.107 ekar meliputi :-

    • Keseluruhan kawasan Tanjung Beluntas melibatkan 52 lot tanah milik individu seluas 95.382 ekar.
    • Kawasan berdekatan Kg. Kedah melibatkan 33 lot seluas 60.495 ekar.
    • Kawasan Teluk Baru melibatkan 7 lot seluas 20.355 ekar.
    • Kawasan Kampung Nyiur melibatkan 33.875 ekar.

    Urusan Pengambilan Balik Tanah sedang dalam tindakan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.