Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
191) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci,inisiatif-inisatif yg sudah diberikan kepada industri pelancong tahun ini & kos perbelanjaan yg sudah dibelanjakan.
Berikut merupakan inisiatif-inisiatif yang diberikan kepada industri pelancongan dan kos perbelanjaan.
- Geran Bantuan Kewangan Program dan Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor telah dibuka sehingga 31 Mac 2022. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri telah memberikan kelulusan kepada 35 permohonan dari agensi, persatuan dan syarikat pelancongan yang layak dengan peruntukan berjumlah RM648,065.00.
- Kempen pelancongan domestik ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! di platform e-dagang dan e-dompet terpilih beserta dengan pengagihan subsidi e-baucar pelancongan negeri Selangor dengan jumlah agihan e-baucar RM 2 juta (Tahun 2020) dan RM 1 juta (Tahun 2021).
- Geran penganjuran acara berkaitan pelancongan negeri Selangor dengan peruntukan keseluruhan RM 1 juta (peruntukan maksima RM20,000.00 bagi setiap cadangan penganjuran acara yang berjaya).
- Bantuan geran pemulihan ‘one-off’ kepada 17 persatuan-persatuan berdaftar berkaitan penggalakan pelancongan di negeri Selangor dengan setiap persatuan menerima bantuan sebanyak RM15,000.00. (Jumlah keseluruhan peruntukan RM225,000.00).
-
Apakah mekanisma terbaik untuk menarik minat rakyat negeri lain untuk berkunjung di kawasan pelancongan di Selangor terutamanya dikawasan homestay luar bandar?
Berikut merupakan mekanisma terbaik untuk menarik minat rakyat negeri lain untuk berkunjung di kawasan pelancongan di Selangor terutamanya dikawasan homestay luar bandar.
- Penganjuran kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada promosi pelancongan pasaran domestik. Kempen ini memberikan pendedahan dan ‘awareness’ dengan konten pemasaran untuk menarik minat pelancong luar negeri melancong ke Negeri Selangor.
- Penyediaan pakej pelancongan seperti pakej ‘experiential’ tourism yang dijalankan oleh 51 orang hos komuniti Negeri Selangor dimana pakej-pakej ini memfokuskan produk pelancongan luar bandar. Pakej ini juga akan digunakan oleh agensi pelancongan tempatan dan luar negara.
- Aktiviti promosi pelancongan norma baharu melalui penglibatan di dalam program promosi pelancongan yang menggunakan platform digital dan atas talian seperti penganjuran program promosi E-Travel Fair
- Penyertaan Program Promosi dalam negara seperti jelajah negeri (Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kedah), Matta Fair, dan pameran pelancongan.
- Inisiatif digital dan atas talian seperti penganjuran Webinar bersiri, Live Streaming, di laman media sosial Tourism Selangor.
- Penganjuran program VR Pelancongan (Virtual Reality) untuk produk pelancongan di 9 daerah di Negeri Selangor.
- Penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa.
- Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor bersama agensi pelancongan dan pemain industri dengan mempergiatkan aktiviti promosi seperti penawaran pakej pelancongan dan acara pelancongan bagi menarik pelancong ke Negeri Selangor.