Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

172) INDUSTRI PASIR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pendapatan hasil pasir negeri dari tahun 2008 hingga 2013?

    Semenjak KSSB mula beroperasi pada September 2008 hingga Mei 2013, prestasi royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri dan pendapatan jualan KSSB adalah seperti berikut;

  2. Apakah hala tuju dan sasaran industri pasir untuk tahun-tahun mendatang?

    Sejajar dengan peningkatan permintaan pasir dari industri pembinaan, KSSB akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran pasir dengan membuka lombong-lombong dan kawasan-kawasan operasi baru dari semasa ke semasa.

    Sasaran utama pasaran pasir adalah untuk projek-projek pembinaan lebuhrayalebuhraya yang baru seperti Sungai Besi – Ulu Kelang Expressway (SUKE), West Coast Highway, Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) projek MRT dan projek-projek pembinaan yang lainnya.

  3. Bagaimanakah untuk memastikan hasil pasir benar-benar dinikmati rakyat?

    Hasil royalti dari pasir merupakan salah satu dari pendapatan yang disatukan Kerajaan Negeri. Ianya digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk pembelajaran mengurus dan pembelajaran pembangunan untuk kepentingan rakyat Selangor. Semenjak tahun 2008 hingga Mei 2013, royalti yang telah dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri adalah RM45.6 juta.

    Di samping itu, semenjak tahun 2008 hingga Mei 2013, KSSB telah memberikan sumbangan sebanyak RM16.3 juta kepada program-program Kerajaan Negeri yang telah dinikmati oleh rakyat seperti program Jom Shopping.

    Untuk tempoh tersebut juga, KSSB telah memberikan sumbangan sebanyak RM1.7 juta kepada sekolah-sekolah, rumah-rumah ibadat serta badan-badan kebajikan di bawah program sumbangan Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR).

    KSSB juga telah membuat bayaran dividen sebanyak RM29.50 juta kepada MBI yang mana jumlah ini turut digunakan oleh MBI bagi program-program Kerajaan Negeri untuk kepentingan rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.