Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
225) INDUSTRI NANAS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha pihak kerajaan negeri dalam mempromosi tanaman nanas ini
Nanas merupakan salah satu buah-buahan yang di beri keutamaan untuk dimajukan di bawah Dasar Pertanian Negara ke tiga. Di Negeri Selangor kebanyakkan jenis tanaman nanas yang ditanam adalah untuk dimakan segar. Jabatan yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri tanaman nanas di Malaysia adalah Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia, dibawah
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Namun begitu kerajaan negeri turut menyokong industri tanaman nanas ini melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan pertanian seperti berikut:
- Program Pembangunan Tanaman Industri yang dilaksanakan oleh
Jabatan Pertanian Negeri Selangor, dimana petani yang memohon insentif untuk tanaman Nanas akan diberikan bantuan insentif dengan kadar seperti berikut:
Projek Kad ar Insentif 01-Projek Tanaman
Nenas
Kawasan baru RM 10,000.00/ha Kawasan sedia ada RM 5,500.00/ha *Syiling bantuan insentif tanaman nanas tahun 2014 adalah RM200,000.00, telah diagihkan kepada peserta yang memohon sebanyak RM165,540.00.
- Mewujudkan golongan usahawan ladang nanas melalui projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM ) . Tanaman nanas ini diusahakan oleh usahawanTKPM di daerah Kuala Langat dan Sepang.
Maklumat Tambahan: 3. Jenis-Jenis nanas yang terdapat di Negeri Selangor.
i) Josapine ii) N36
iii) Moris iv) Sarawak
v) MD2
-
Siapa pihak terlibat dalam menguruskan mengendali pengusaha tanaman nanas ini
Pihak terlibat dalam menguruskan dan mengendali pengusaha Tanaman nanas di Negeri Selangor adalah:
- Lembaga Perindustrian Malaysia (LPNM/MPIB)
- Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Maklumat Tambahan: Bantuan yang diberikan oleh LPNM:
Intensif ini adalah berbentuk pemberian input pertanian seperti benih/sulur nanas, racun rumpai, baja dan hormon yang bernilai RM2,400.00 per ekar bagi Rancangan Tanam Baru (RTB) dan RM700.00 per ekar bagiRancangan Tanam Semula (RTS).
Input Kuantiti/ekar Nilai Rancangan Tanam Baru (RTB) Rancangan Tanam Semula
(RTS)
1. Benih nanas 17,000 sulur 1,700.00 – 2. Racun rumpai 2 gelen 700.00 700.00 3. Baja:- i. Baja
Campuran
ii. BajaSebatian
15 bag (50kg) 12 bag (50kg)
4. Hormon 2 botol Jumlah 2,400.00 700.00 -
Apakah latihan atau bantuan yang diberikan kepada pengusaha tanaman nanas
Antara Latihan dan bantuan yang diberikan oleh jabatan pertanian kepada pengusaha tanaman nanas adalah:
- Program latihan, kursus serta Petak Pemerhatian tanaman nanas dikawasan tanah gambut dan tanah mineral untuk memperkenalkan pakej teknologi tanaman nanas kepada petani.
- Kursus membimbing peserta projek nanas untuk mendapatkan pensijilan MyGap (“Sijil Akreditasi Ladang Malaysia”).
- Manakala bantuan insentif yang telah diagihkan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM165,540.00 yang melibatkan bilangan petani seramai 22 orang dan keluasan 25.72 hektar.
Maklumat Tambahan: Bantuan Insentif Program Pembangunan Tanaman Industri (Tanaman Nanas) 2014 Jabatan Pertanian Selangor
Daerah Bi projek Keluasan Ha
Bil peserta Bajet (RM) Kuala Selangor 3 7.72 8 52,900.00 Klang 2 16.4 12 94,950.00 Kuala Langat 1 0.8 1 8,370.00 Gombak 1 0.8 1 9,320.00 Jumlah 7 25.72 22 165,540.00