Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
260) INDUSTRI MADU KELULUT DI SABAK BERNAM: STATISTIK PENGUSAHA DAN BENTUK BANTUAN INSENTIF KERAJAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan dan Berapakah jumlah pengusaha Lebah madu kelulut di Sabak Bernam?
Untuk makluman, jumlah pengusaha lebah madu kelulut dibawah bimbingan Jabatan Pertanian di Sabak Bernam adalah seramai 95 orang pengusaha tetapi hanya 70 pengusaha sahaja yang aktif. Pada tahun 2024, rekod pengeluaran hasil adalah sebanyak 404.5kg dengan jumlah pendapatan RM104,335.50.
-
Apakah bentuk insentif kerajaan kepada usahawan madu kelulut ini?
Di bawah Program Insentif Pembangunan Pengeluaran Madu Lebah dan Kelulut:-
- Insentif Kemudahan Input dan Infrastruktur
- meliputi peralatan / mesin bagi menambah baik dan meningkatkan pengeluaran madu dan hive kelulut.
- Bahan Tanaman (Sumber Makanan Kelulut dan Lebah)
- Meliputi kesemua faktor dari segi penanaman bungaan dan yang setara dengan sumber makanan semulajadi kelulut.
- Bengkel & Peralatan Pemprosesan Madu dan Pemasaran Madu
- Perkakas atau peralatan yang membolehkan madu dipasarkan lebih meluas dan menambah baik kualiti madu serta pembungkusan
- Membina bengkel.
Sepanjang tempoh RMK-12 sebanyak RM397,900.00 telah diperuntukkan bagi Program Pembangunan Madu Lebah dan Kelulut di daerah Sabak Bernam.
TAHUN BILANGAN PETANI (Orang)
JUMLAH PERUNTUKAN (RM) BENTUK BANTUAN 2021 15 91,500.00 Peralatan 2022 10 100,000.00 Peralatan 2023 4 84,000.00 Peralatan 2024 9 62,400.00 Peralatan 2025 6 60,000.00 Peralatan