Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

61) INDUSTRI KREATIF

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri membantu industri kreatif dengan memanfaatkan konsep INSAN ke dalam industri ini?

    Program INSAN merujuk kepada Perlindungan insurans/takaful am berkumpulan dengan premium insurans/takaful yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Rakyat Selangor berumur bemula dari 30 hari sehingga 80 tahun. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa program INSAN terbuka kepada semua rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan, merentasi semua sektor termasuk industri kreatif

Lampiran

Tiada Lampiran.