Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

39) INDUSTRI KITAR SEMULA PLASTIK DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berkenaan industri kitar semula plastik di Daerah Kuala Langat. Apakah status pembidaan lambakan sampah plastik di Daerah Kuala Langat?

    Pihak MDKL melaksanakan bidaan sampah plastik di Daerah Kuala Langat di satu lokasi sahaja iaitu di Lot 2627, Jalan Sungai Rambai. Bidaan dilakukan atas persetujuan pemilik tanah tersebut. Walaubagaimanapun, tiada pembeli yang berminat untuk membeli lambakan sampah plastik tersebut.
    Tindakan Notis 7(a) daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat di bawah Kanun Tanah Negara 1965, telah diberikan kepada pemilik tanah untuk proses remedi tanah tersebut dan telah diberi tempoh kepada pemilik tanah tersebut untuk membersihkan kawasan sehingga bulan Mei 2019. Sehingga 4 Mac 2019, pemilik tanah masih lagi dalam proses membersihkan tanah tersebut.
    Untuk status 33 buah kilang yang telah dilaksanakan operasi, kesemua kilang tersebut telah tidak beroperasi. Daripada jumlah tersebut 22 buah kilang telah dibersihkan sepenuhnya dan 11 buah kilang dalam proses pembersihan dan dijangka akan bersih sepenuhnya pada bulan Mei 2019.

  2. Nyatakan laporan Bomba berkenaan kejadian kebakaran longgokan sampah dan kilang haram sisa plastik.

    Tiada Jawapan

Lampiran

Tiada Lampiran.