Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

19) INDUSTRI KITAR SEMULA PLASTIK

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas longgokan sampah-sampah plastik kitar semula selepas kilang industri ditutup?

    Isu longgokan sampah-sampah plastik kitar semula selepas kilang berkenaan ditutup pada masa ini hanya berlaku di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Sehubungan dengan itu, selaras dengan keputusan mesyuarat pada 2 Oktober 2018 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersama pemilik kilang yang beroperasi secara sah dan secara haram, pemilik kilang yang beroperasi secara haram telah diarahkan untuk mengosongkan kilang dengan menjual segala produk dan sisa plastik kepada premis-premis yang mempunyai AP sahaja.

  2. Adakah sebarang tindakan yang telah diambil terhadap tuan punya kilang atau tuan tanah sehingga kini?

    PBT telah mengeluarkan notis arahan tutup operasi kilang dan mengenakan kompaun kepada pengusaha kilang terbabit. Manakala tindakan yang dikenakan kepada pemilik tanah, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDTKL) juga telah mengeluarkan Notis 7(A), Seksyen 128, Akta Kanun tanah Negara 1965 dengan bertempoh untuk memulihkan pelanggaran syarat kepada pemilik tanah. Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi notis yang diberikan, tanah pemilik akan dirampas.

Lampiran

Tiada Lampiran.