Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

209) INDUSTRI KITAR SEMULA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak industri yang tidak memenuhi syarat lokasi pusat pengumpulan bahan kitar semula dan barang lusuh mengikut PBT?

    Jumlah industri yang tidak memenuhi syarat lokasi pusat pengumpulan bahan kitar semula dan barang lusuh adalah sebanyak 89 dan pecahan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor adalah seperti berikut:

     

    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jumlah Premis
    1. Majlis Bandaraya Diraja Klang  –
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya  31
    3. Majlis Bandaraya Shah Alam  18
    4. Majlis Bandaraya Subang Jaya  20
    5. Majlis Daerah Sabak Bernam  –
    6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya  3
    7. Majlis Perbandaran Kajang
    8. Majlis Perbandaran Hulu Selangor  –
    9. Majlis Perbandaran Kuala Langat  –
    10. Majlis Perbandaran Kuala Selangor  17
    11. Majlis Perbandaran Selayang  –
    12. Majlis Perbandaran Sepang
  2. Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri berkenaan isu ini?

    Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu tersebut termasuklah dengan mengenakan kompaun, melakukan penyitaan dan penutupan premis serta melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaaan yang lain.

    Pada tahun 2024, beberapa operasi bersepadu telah dijalankan, melibatkan pelbagai agensi untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap premis yang melanggar peraturan. Sebanyak 15 tindakan sitaan telah diambil ke atas premis-premis yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.