Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

220) INDUSTRI KELULUT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan industri kelulut di Negeri Selangor?

    Ya, Kerajaan Negeri sangat konsisten dalam membangunkan industri kelulut melalui Jabatan Pertanian. Sehingga kini terdapat lebih 1,000 log kelulut berada di Selangor yang diusahakan secara komersil dan secara kecil-kecilan.

  2. Senaraikan perusahaan yang telah dilaksanakan setakat ini.

    Perusahaan utama kelulut adalah hasilan madu yang mempunyai harga mencecah RM250.00 sekilogram. Selain itu, terdapat beberapa usahawan telah pun menceburi bidang perusahaan hiliran daripada madu kelulut seperti membuat sabun madu kelulut, pil supplement dari bee bread dan propolis kelulut serta produk-produk kecantikan dan kesihatan yang lain.

  3. Perincikan hasil dapatan keuntungan dan kerugian.

    Secara umumnya, Jabatan Pertanian mensasarkan pembangunan industri kelulut akan menyumbang hasil sebanyak RM2.5 juta pada tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.