Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

85) INDUSTRI KECIL DAN SERDERHANA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada tahun 2014/2015 , sila menyatakan Industri kecil dan serdehana (IKS) yang melabur dan menjalankan perniagaan di daerah Sepang?

    Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di daerah Sepang terdapat syarikat dan individu yang menjalankan perniagaan IKS yang berskala kecil dan besar.

    1. Pelaburan Syarikat Pengilangan IKS

    Data yang telah diterima daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA) melalui Invest Selangor terdapat 4  projek pengilangan bagi tempoh 2014 hingga 2015 yang telah diluluskan di daerah Sepang dengan nilai pelaburan sebanyak RM967,251,468.00. Pelaburan ini telah membuka 508 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang mana terdiri daripada pelaburan asing dan tempatan.

     

    1. Usahawan IKS tempatan

    Selain itu, terdapat perniagaan IKS yang dijalankan secara kecil- kecilan oleh penduduk setempat iaitu sebanyak 19 orang usahawan. Mereka telah menerima insentif bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor melalui Pejabat Tanah dan Daerah Sepang. Usahawan- usahawan ini merangkumi industri pembuatan makanan, kraftangan, pakaian dan perkhidmatan.

  2. Sila memberi nama syarikat, lokasi Dan jenis pengusahaan yang dijalankan..

    Perincian nama syarikat / usahawan, lokasi dan jenis pengusahaan yang dijalankan adalah seperti berikut:

    Pelaburan Syarikat Pengilangan IKS

     

    Lokasi

     

    Projek

     

    Peluang Pekerjaan

    Pelaburan Tempatan (RM)  

    Pelaburan Asing (RM)

    Jumlah Modal Pelaburan

    (RM)

    Sepang 3 307 262,990,481 117,260,987 380,251,468
    Cyberjaya 1 201 0 587,000,000 587,000,000
    Jumlah 4 508 262,990,481 704,260,987 967,251,468

    (Sumber : Invest Selangor Berhad)

     

    Usahawan IKS tempatan

    Bil Nama Pemilik / Syarikat Lokasi Jenis Perniagaan
    1. Ayathull Dhalayla Bt Mohd Jar Dengkil Makanan
    2. Nor Azura Bt Pudzir Dengkil Makanan
    3. Rony Bt Hassan Dengkil Makanan
    4. Haida Bt Md Sap Sepang Pakaian
    5. Tuah Cendana Enterprise Mohd

    (Faizal B. Kasmuri)

    Sepang Perkhidmatan
    6. Nourmi Bt Amir Hamzah Sepang Makanan
    7. Omar B. Hussin Sepang Kraftangan
    8. Abdullah B. Amat Apandi Sepang Makanan
    9. Teng Siong Lai Sepang Makanan
    10. Sps Suchitaa Enterprise

    (Citra A/P Sivaligam)

    Sepang Pakaian
    11. Intan Samsiah Bt Noordin Sepang Makanan
    12. Sapiah Bt Khamis Labu Makanan
    13. Damarulan B. Hassim Labu Kraftangan
    14. Asmah Bt Kassim Labu Perkhidmatan
    15. Salmah Bt Ghomari Labu Perkhidmatan
    16. Mariam Bt Khamis Labu Perkhidmatan
    17. Tursiah Bt Kardi Labu Perkhidmatan
    18. Norhidayuwani Bt Kasim Labu Makanan
    19. Yue Ying Trading

    (Yap Siew Chun)

    Sepang Pakaian

    (Sumber : Pejabat Daerah/Tanah Sepang)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.