Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

67) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan apakah projek-projek yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk mempergiatkan industri tersebut sejak tahun 2008 hingga 2010 ?

    Kerajaan Negeri pada masa ini telah dan sedang merancang untuk membangunkan pusat pengumpulan di daerah – daerah bagi mempergiatkan industri IKS. Degan adanya pusat pengumpulan ini dijangka produk – produk IKS dapat dipasarkan dengan lebih meluas. Pusat pengumpulan yang di cadang dan sedang dibangunkan adalah seperti berikut;

    Daerah Jumlah pusat Status
    Sabak Bernam 1 Telah beroperasi
    Sepang 1 Dalam proses pengisian produk
    Kuala Langat 1 Lokasi telah dikenal pasti dan kerja – kerja tambak tanah akan dijalankan
    Gombak 1 Lokasi telah dikenal pasti dan Bil Of

    Quantity (BQ) sedang disediakan oleh

    Pejabat Daerah

    Hulu Langat 1 Lokasi telah dikenal pasti
    Petaling 1 Sedang mengenal pasti lokasi
  2. Sila huraikan sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan para usahawan IKS terhadap program Ðprogram dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ?

    Program – program dan projek yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri mendapat sambutan yang menggalakkan dari para usahawan. Sebagai contoh pada tahun ini sebanyak 404 permohonan di bawah Program Dana Industri Kecil telah diterima dan program Selangor Ria juga merupakan program yang ditunggu – tunggu oleh usahawan untuk mempromosikan produk mereka. Di samping itu projek Satu Kampung Satu Produk juga banyak menerima maklum balas dari pengusaha yang berminat untuk membangunkan produk yang terdiri daripada penanaman cendawan, ayam kampung, penternakan ikan keli dan projek penanaman herba.

     

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan bagi membantu sektor IKS ini supaya dapat terus berkembang dengan pesat ?

    Jumlah peruntukkan bagi membantu usahawan di bawah program Dana Industri Kecil adalah sebanyak RM 1 juta setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.