Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

42) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategik untuk memodenkan sektor IKS?

    Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan dan memodenkan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) mendapati peningkatan penggunaan mesin berteknologi moden  merupakan langkah strategik untuk memodenkan sektor ini dari segi pembuatan dan pembungkusan.

  2. Apakah jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri ?

    Bagi merealisasikan langkah strategik tersebut Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan di bawah Dana Industri Kecil yang merupakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan yang di fokuskan untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran produk. Di samping itu juga kerajaan negeri sedang membangunkan program peningkatan kualiti pembungkusan bagi produk – produk yang dikenal pasti mampu berdaya saing.

Lampiran

Tiada Lampiran.