Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

14) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila huraikan perkembangan IKS di Negeri Selangor terutamanya selepas perlaksanaan cukai GST

    GST adalah Cukai Kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Cukai tersebut dibayar oleh pengguna apabila berbelanja. GST mula dilaksanakan pada 1 April 2015. Ini bermaksud pelaksanaan GST adalah masih baru dan tempoh 8 bulan tersebut adalah terlalu awal untuk dinilai dari segi perkembangan dan

  2. Sila nyatakan peranan dan sumbangan utama IKS kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor

    Peranan dan sumbangan utama IKS kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor adalah perusahaan ataupun Industri Kecil dan Sederhana ini menjadi tulang belakang ekonomi negara dan juga negeri. Sehingga kini, PKS ini telah menyumbang sebanyak 31% kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) yang dijangka akan meningkat sehingga 41% menjelang tahun 2020. PKS juga turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi, peluang pekerjaan dan keluaran domestik negeri.

  3. Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pengusaha IKS?

    Banyak bantuan dan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pengusaha IKS di antaranya adalah Bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor yang telah diperkasakan dan diperluaskan daripada Dana Industri Kampung dengan had bantuan dinaikkan daripada RM10,000.00 per permohonan kepada RM30,000.00 per permohonan, Bantuan Pinjaman Hijrah sehingga RM50,000.00, Bantuan Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk yang dijalankan secara kerjasama bersama SIRIM Berhad dan siri-siri latihan yang melengkapkan pengusaha-pengusaha IKS di Negeri Selangor dari ilmu asas perniagaan sehinggalah kepada pasaran terbuka anatrabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.