Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

7) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini IKS di Negeri Selangor?

    a) dan c)

     

    Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Salah satu fokus Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan adalah untuk membantu melonjakkan perniagaan usahawan di dalam kategori perniagaan mikro. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap peniaga-peniaga yang melibatkan diri dalam industri ini di mana kebanyakkan peniaga di daerah- daerah di negeri Selangor terlibat dengan perniagaan mikro yang ditakrifkan sebagai perniagaan yang mempunyai jualan kurang daripada RM300,000.00 setahun dan mempunyai pekerja tetap sebanyak 2 hingga 5 orang. Kebanyakkan mereka menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan keluarga.

     

    Setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bajet untuk bantu usahawan bagi meningkatkan hasil pendapatan dan menjana ekonami negeri. Berikut merupakan bantuan yang disediakan untuk perniagaan mikro di negeri Selangor:

     

    1. DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan memberikan bantuan kepada usahawan mikro melalui sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana Usahawan Mikro Selangor merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro

     

    di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

     

    Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250,000.00 bagi setiap daerah untuk menyalurkan bantuan kepada pemohon yang layak. Seorang pemohon layak menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Skop bantuan adalah seperti berikut:

     

    • Bantuan pembelian mesin / peralatan / perkakasan;

     

    • Meningkatkan kualiti premis/perniagaan iaitu mengubahsuai/ menaiktaraf;

     

    • Pembiayaan sebahagian kos penyertaan usahawan ke ekspo jualan dan promosi di dalam dan luar negara;

     

    • Pembiayaan sebahagian kos untuk pembangunan produk dan pensijilan seperti ujian nutrisi, pendaftaran cap dagang, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek, persijilan GMP,HALAL, HACCP, ISO dan lain-lain dalam mematuhi standard nasional, antarabangsa dan menembusi pasaran global; dan

     

    • Lain-lain keperluan yang mempunyai nilai tambah dan mampu melonjakkan pembangunan usahawan mikro di negeri

     

    1. PAMERAN/ EKSPO

    Salah satu langkah bagi mengembangkan lagi permintaan pasaran produk para usahawan di Negeri Selangor adalah melalui ekspo dan pameran. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan akan menyertai ekspo dan pameran tempatan yang bertaraf antarabangsa seperti Penang International Halal Expo Conference (PIHEC), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Selangor International Expo (SIE) dan Malaysia Halal Festival (HALFEST). Usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor.

     

    Usahawan yang paling berjaya pada tahun 2016 adalah pada pameran MIHAS yang berlangsung pada 30 Mac – 2 April 2016, produk kerepek seaweed jenama Teego daripada Syarikat Inspire Human Capital

     

    Development Sdn Bhd telah memperolehi kontrak pembekalan ke tiga buah negara iaitu Dubai, Jeddah dan Jepun. Manakala pada PIHEC 2017 yang berlangsung pada 24-26 Februari 2017, Syarikat Dhuha Tensai Resources yang menjual makanan Korea telah mendapat tempahan daripada Singapura. Manakala syarikat Bio-Haruantech (M) Sdn. Bhd. di bawah label Rezza Brand yang menjual pelbagai produk mi segera telah mendapat tempahan daripada Singapura, Brunei, Hong Kong, China dan Korea. Pada MIHAS 2017 yang berlangsung pada 5-8 April 2017 pula Syarikat Yusa Food Products Sdn. Bhd. telah mendapat tempahan daripada Singapore, Vietnam, China dan kini sedang dalam perbincangan bersama syarikat daripada United Kingdom.

     

    Pada tahun 2017, buat pertama kali Kerajaan Negeri menyertai pameran antarabangsa ke China ASEAN Expo (CAEXPO) 2017 pada

    12 hingga 15 September 2017 di Nanning, China anjuran People’s Government of Guangxi Zhuang Autonomous Region dan ditaja oleh Ministry of Commerce, P.R. China. Kerajaan Negeri Selangor menyertai pameran ini melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memandangkan badan ini berperanan untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan eksport terhadap produk keluaran Malaysia. Sebanyak 5 orang usahawan telah terpilih mewakili Negeri Selangor. Kesemua usahawan adalah terdiri daripada usahawan makanan dan minuman. Salah seorang usahawan iaitu Syarikat Yusa Food Products Sdn. Bhd. telah mendapat pembekalan kontrak ke China pada pameran CAEXPO tersebut yang dianggarkan bernilai RM3 juta. Program sebegini bukan sahaja dapat membuka peluang produk tempatan ke pasaran antarabangsa malahan peserta dapat membina jaringan perniagaan di kalangan peserta luar yang terlibat di dalam program ini.

     

    • KURSUS/ LATIHAN

    Selain itu, bagi usahawan di peringkat permulaan, Kerajaan Negeri menganjurkan kursus-kursus bagi memberi pendedahan tentang bagaimana untuk mempersiapkan produk mereka sekurang-kurangkan untuk menembusi pasaraya tempatan. Modul kursus terdiri daripada asas perniagaan dan kewangan, penjenamaan produk, pensijilan produk serta pemasaran online dan ke rangkaian pasaraya.

     

    1. PROGRAM PEMBUNGKUSAN PRODUK MADE IN SELANGOR Untuk membawa produk ke tahap yang lebih tinggi Kerajaan Negeri telah mengadakan program ini khususnya kepada usahawan yang sudah bersedia meluaskan pasaran ke pasaraya rantaian dan ke

     

    peringkat antarabangsa. Peserta yang mengikuti program ini akan menerima pensijilan produk, carian jenama dan cetakan pembungkusan.

     

    1. PROGRAM PEMBINAAN UPAYA USAHAWAN INDIA SELANGOR Program ini                   bertujuan           untuk   membantu   usahawan   India   yang berpotensi berkembang maju di dalam bidang Di samping itu, ianya adalah program keperluan dalam menyediakan usahawan India menjadi lebih berdikari                   dan mampu untuk menjana             mobiliti Peserta akan diberikan pembangunan latihan dan pengupayaan untuk membina kepakaran, penyediaan cadangan projek selain daripada pengurusan pemasaran dan kewangan. Antara modul yang telah dirangka adalah peserta akan menyertai latihan berbentuk kemahiran bersama syarikat peneraju/ mentor terpilih dan akan dipantau selama tiga (3) hingga enam (6) bulan bergantung pada industri yang terpilih. Di dalam tempoh latihan tersebut, peserta akan diberi peluang untuk terus mengendalikan perniagaan mengikut jenis latihan yang diceburi dan dipantau oleh syarikat peneraju. Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Pada tahun 2017, seramai 400 orang telah menyertai program ini yang dilaksanakan di enam (6) daerah di negeri Selangor.

     

    Pada tahun 2018, sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan bagi meneruskan program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor. Dianggarkan lebih 1000 orang peserta akan menyertai program ini bagi menjadikan kaum India di negeri Selangor lebih berdikari dan berdaya saing sekaligus meningkatkan lagi ekonomi kaum India di negeri Selangor.

     

    1. PINJAMAN MIKROKREDIT HIJRAH SELANGOR

    HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan berperingkat bermula tahun 2015. Sebelum ini program pinjaman kewangan ini dikenali sebagai Mikrokredit Bersepadu yang menggabungkan skim- skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2010. Ia merupakan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan. Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1-4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat tertentu.

     

    Bermula tahun 2018, HIJRAH Selangor telah memperkenalkan bantuan pinjaman bagi trak bergerak. Terdapat 2 jenis bantuan trak

     

    bergerak iaitu Mobile cart dan Daihatsu Hijet Pickup (Japan). Mobile cart merupakan trak tunda yang bersaiz lebih kecil dan mudah dikendalikan dan berkeluasan 8 kaki panjang dan 5 kaki lebar. Had bantuan pinjaman ini akan diberi sehingga RM26,500.00 dan RM3,500.00 akan diberikan sebagai modal bahan mentah. Bagi Daihatsu Hijet Pickup (Japan) pula bersaiz 5 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Bantuan pinjaman sehingga RM39,000.00 dan RM1,000.00 akan diberikan sebagai modal bahan mentah. Bantuan pinjaman bagi trak bergerak ini terbuka kepada semua jenis perniagaan. Proses permohonan akan mengambil masa 2-4 minggu bagi permohonan Mobile cart dan 4-6 minggu bagi permohonan Daihatsu Hijet Pickup (Japan).

     

    1. Sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah berasaskan cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai yang ditambah pada setiap peringkat pengagihan dan GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di mana peniaga dibenarkan menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan (cukai input) di mana peniaga boleh menolak cukai input daripada cukai output. Kadar GST yang ditetapkan pada 6%. Asas percukaian GST jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini. Kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak 5% dan cukai perkhidmatan sebanyak 10% itu dimansuhkan dan kedua-dua cukai ini akan digantikan dengan sistem cukai GST. Walaupun penggantian cukai perkhidmatan kepada GST ini dikatakan lebih baik, namun hakikatnya tidak semua peniaga sama ada bumiputera atau bukan bumiputera layak untuk mengenakan GST ke atas barangan jualan dan menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan. Ini kerana jualan tahunan perlu mencecah RM500,000.00 atau purata bulanan sebanyak RM41,667.00.

     

    Ini bermakna ekosistem perniagaan bermula dari bahan mentah telah dikenakan GST menjadikan kos bahan mentah meningkat.   Namun peniaga IKS ini tidak dapat menaikkan harga malahan perlu mengecilkan margin keuntungan jualan. Dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, menjadikan purchasing power semakin rendah. Ditambah lagi harga minyak dunia yang semakin tinggi menyebabkan peniaga terpaksa menanggung kos tambahan bagi pengeluaran. Keadaan ini memberikan tekanan terhadap ekonomi sekaligus menjejaskan purata jualan bagi peniaga IKS.

  2. Sila huraikan apakah implikasi yang dihadapi oleh IKS sejak cukai GST dilaksanakan?

    DIJAWAB SEKALI DENGAN JAWAPAN A

  3. Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan serta bimbingan yang dilakukan oleh KNS bagi membantu para usahawan IKS di Negeri Selangor?

    DIJAWAB SEKALI DENGAN JAWAPAN A

Lampiran

Tiada Lampiran.