Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
149) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan industri kecil dan sederhana yang boleh di kategorikan berjaya di negeri Selangor
Di bawah Program Dana Industri Kecil usahawan dibahagikan kepada beberapa subsektor pembuatan iaitu :
- makanan
- Perabot
- Kraf tangan
- Jahitan
- Bahan – bahan binaan
Berdasarkan subsektor ini di kenal pasti subsektor pembuatan makanan merupakan sektor yang paling berdaya maju.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri yang lebih terancang dalam mengetengahkan industri ini agar memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih besar dalam menjana ekonomi negeri.
Kerajaan Negeri telah merancang program Satu Kampung Satu Industri bagi membuka lebih banyak peluang dan pendedahan kepada sektor pembuatan makanan ini. Di bawah program ini kursus, pelaksanaan, pemantauan dan pemasaran diutamakan bagi memastikan program ini dilaksanakan dengan jayanya.
Program ini juga turut melibatkan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi memastikan pemantauan dan motivasi kepada peserta diberikan secara berterusan.