Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

223) INDUSTRI KECIL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan dasar kerajaan negeri terhadap industri kecil terutama di kawasan luar Bandar, yang mampu menjadi sumber pendapatan, menyediakan peluang pekerjaan serta menarik pelaburan di kawasan berkaitan.

    Kerajaan Negeri amat menggalakkan pertumbuhan usahawan-usahawan industri kecil di kawasan luar Bandar khususnya usahawan yang terlibat di dalam sektor pembuatan makanan. Sehingga kini, kerajaan negeri  telah membelanjakan hampir RM10.1 juta sejak dari tahun 1998 hingga ke 2011 yang melibatkan sejumlah 1,331 penerima yang terdiri daripada usahawan-usahawan kecil luar Bandar pemberian bantuan berbentuk mesin-mesin pemprosesan. Melalui program tersebut juga, ianya telah memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.