Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
35) INDUSTRI DI PETALING JAYA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik industri-industri ke Petaling Jaya?
Invest Selangor selaku agensi penggalakkan pelaburan Kerajaan Negeri pada masa ini lebih menumpukan kepada kawasan-kawasan yang masih mempunyai pembangunan kawasan industri yang lebih banyak. Namun begitu, bagi kawasan Petaling jaya, potensi untuk sektor perkhidmatan seperti pergudangan dan logistik atau lain-lain perkhidmatan sokongan yang menyokong rantaian sektor perkilangan dan juga e-dagang adalah berpotensi besar untuk berkembang di kawasan Petaling Jaya.
Berdasarkan keadaan pembangunan semasa di kawasan Petaling Jaya yang lebih tertumpu kepada pembangunan komersil dan perumahan serta kekangan kekurangan kawasan industri baru, maka tumpuan pelaburan lebih menjurus kepada aktiviti penambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada. Industri sedia ada digalakkan untuk terus menambah pelaburan dan mengembangkan operasi mereka yang seharusnya juga perlu disokong dengan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan sistem penyampaian (delivery system) yang lebih mesra pelabur.
-
Butirkan bilangan lot tanah industri yang kosong atau terbiar pada masa ini.
Bilangan lot tanah industri yang kosong atau terbiar pada masa
BIL JUMLAH KAWASAN/DUN 1 Terdapat 1 lot kilang terbiar No 2 JLN 13/6 Dun Bukit Gasing