Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
156) INDUSTRI DI KAWASAN DENGKIL
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi dan jenis industri yang ada di daerah Sepang khasnya di DUN Dengkil?
Lokasi kawasan-kawasan industri di Sepang adalah seperti berikut
- Meranti Permai Ind. Park
- Taman Mas Ind. Park
- Taman Meranti Jaya Ind. Park
- Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi 5. Sepang Industrial Area, Bt 2
- Selangor Science Park Ii.
- Tg Balai Ind. Park
Manakala antara jenis-jenis industri yang beroperasi di Sepang adalah industri;-
- Industri Pembuatan Produk Berasaskan Getah (contoh : Hartalega)
- Industri Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Solar Panel) (contoh : Han Hwa Q-Cell)
- Industri Pembuatan Peralatan Kenderaan (contoh : Sksbus Malaysia Sdn Bhd)
- Industri Kimia Atau Produk Berasaskan Kimia (contoh : Intercontinental Specialty Fats (ISF)
- Industri Pembuatan Bahan Logam (contoh : Fuku Metal Finishing Sdn Bhd)
-
Berapakah nilai pelaburan yang diperolehi untuk kawasan-kawasan tersebut dari 2008 - 2014?
Nilai pelaburan yang diperoleh untuk kawasan-kawasan tersebut dari 2008 hingga Mac 2014 adalah sebanyak RM 5,656,436,500 (RM 5.656 bilion)
SEPANG Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Modal Pelaburan
(RM)
Sepang 11 7,778 2,523,098,740 402,331,055 2,925,429,795 Dengkil 9 327 56,893,895 21,262,345 78,156,240 Salak Tinggi IE 1 18 0 6,324,465 6,324,465 Selangor Science Park II
1 808 0 2,625,000,000 2,625,000,000 Pulau Merantai 2 122 11,600,000 0 11,600,000 Sungai Pelek 1 31 8,613,783 1,312,217 9,926,000 Jumlah 25 9,084 2,600,206,418 3,056,230,082 5,656,436,500 Sumber : MIDA
-
Nyatakan jumlah pekerjaan yang dihasilkan dan bagaimanakah penyertaan tenaga kerja rakyat tempatan?
Jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 9,084 peluang pekerjaan.
Merujuk kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah rakyat tempatan yang bekerja dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor pada tahun 2012 adalah sebanyak 546,500 orang. Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia hanya menerbitkan maklumat secara keseluruhan sahaja dan tiada maklumat mengikut daerah yang dikeluarkan ketika ini.
(Sumber : Jadual 12, Bilangan Penduduk Bekerja Mengikut Industri Di
Negeri Selangor 2010 – 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia
(https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx)