Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
202) INDUSTRI BUNGA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan industri bunga di Selangor?
Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi Jabatan Pertanian untuk menggalakkan industri bunga di Selangor. Antara kejayaan penting pembangunan hub bunga Selangor di Sungai Buloh.
-
Nyatakan bantuan yang diberikan kepada pengusaha industri bunga di Selangor.
Jabatan Pertanian menyediakan bantuan dari segi pembangunan nurseri melibatkan pembinaan rumah pelindung hujan, jentera seperti pam air dan peralatan yang diperlukan. Sepanjang RMKe-11, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan siling sebanyak RM2.18 juta bagi tujuan ini.