Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
283) INDUSTRI BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri memfokuskan kawasan di Science Park 2 (SSP2), Sepang sebagai perintis bagi menggalakkan pelaburan sektor perindustrian yang berasaskan teknologi hijau. Apakah pencapaian setakat ini pelaburan teknologi hijau di kawasan tersebut?
Bagi menyokong industri teknologi hijau, PKNS telah menerapkan konsep mesra alam atau ’Eco-Friendly’ dalam perancangan pembangunan yang berorientasikan teknologi hijau yang tidak memberi impak besar kepada kesan alam
Hanwa Q-Cells yang merupakan sebuah syarikat pengeluar komponen panel solar bertaraf antarabangsa adalah syarikat pelabur asing berasaskan teknologi hijau pertama yang membuka pusat operasi di Taman Sains Selangor 2, Sepang.
Dengan anggaran nilai pelaburan mencecah RM5.0 bilion dalam tempoh 5 tahun, Hanwa Q-Cells dijangka akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing lain sama ada dari industri yang sama atau berlainan untuk melabur di Taman Sains Selangor 2.
-
Apakah strategi untuk memastikan hasrat ini tercapai?
Di peringkat PKNS, usaha berterusan dalam mempergiatkan promosi bagi menarik pelabur industri berteraskan teknologi hijau dan skop promosi meliputi pelabur tempatan dan Luar
Sebagai contoh, unit-unit kediaman yang dibina akan turut dilengkapi dengan panel solar bukan sahaja untuk bekalan air panas malah untuk janaan tenaga elektrik solar.
Selain itu, PKNS juga sentiasa memastikan pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik disediakan untuk keseluruhan kawasan tersebut.
PKNS yakin hasrat ini untuk menarik lebih ramai pelabur ini dapat dicapai atas faktor lokasi Taman Sains Selangor 2 yang strategik iaitu hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 45 minit ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur serta dikelilingi jaringan lebuh raya seperti Lebuh raya Elite, Lebuh raya Mex, Lebuh raya SKVE dan Lebuh raya Damansara – Puchong (LDP).
PKNS banyak menerima pertanyaan dari para pelabur yang berminat untuk melabur di Taman Sains Selangor 2. Namun, isu premium tanah yang dihadapi sedikit menjejaskan kelancaran pembangunan di kawasan tersebut.
-
Apakah insentif kerajaan negeri kepada pelabur yang berminat?
Para pelabur yang berminat melabur akan diberikan insentif dari pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam bentuk insentif cukai secara langsung dan insentif cukai tidak
Insentif cukai langsung memberikan pelepasan sebahagian atau penuh pembayaran cukai pendapatan untuk tempoh tertentu, manakala insentif cukai tidak langsung adalah dalam bentuk pengecualian duti import, cukai jualan dan duti eksais.
Selain itu, pihak MIDA juga turut menawarkan beberapa insentif lain seperti pengecualian duti import ke atas bahan mentah, jentera dan peralatan dan lain- lain lagi.