Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
140) INDUSTRI BARANGAN LUSUH (BESI BURUK DAN BARANGAN KITAR SEMULA)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status industri barangan lusuh (besi buruk dan barangan kitar semula) di Selangor mengikut PBT.
Bagi status premis perniagaan barang-barang lusuh, terdapat 422 buah premis yang berlesen dan 264 bilangan premis yang tidak berlesen. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:
-
Berapa banyakkah industri barangan lusuh yang tidak berlesen di Kuala Langat?
Bilangan premis barangan lusuh yang tidak mempunyai lesen di MPKL ialah sebanyak 39 buah premis.
-
Apakah pihak PBT Selangor melaksanakan tindakan pemantauan serta penguatkuasaan tertentu terhadap isu terbabit?
PBT di Negeri Selangor telah melaksanakan sebanyak 711 tindakan penguatkuasaan terhadap premis barangan lusuh yang tidak mempunyai lesen sepanjang tahun 2023. Notis Borang D akan diberikan kepada pengusaha yang beroperasi tanpa Kebenaran Merancang di atas tanah selain industri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Jika aktiviti tersebut dijalankan di rizab Kerajaan, tindakan bersepadu untuk perobohan akan dilaksanakan di bawah seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]. Perincian operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh setiap PBT sepanjang tahun 2023 adalah seperti berikut: