Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

45) INDUSTRI AKUAKULTUR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah perkembangan industri akuakultur di Selangor?

    Perkembangan industri akuakultur di Selangor mengikut kategori ternakan

     

    • Akuakultur air tawar- Pengeluaran bagi ternakan ikan air tawar di Negeri Selangor pada masa kini menurun kerana, kebanyakan penternak tidak menjalankan aktiviti ternakan kerana banyak tanah yang dijual untuk menjalankan projek pembangunan dan kos sewaan tanah pada masa kini agak

     

    • Akuakultur Air Payau – Bagi ternakan dalam sangkar, kebanyakan penternak masih menjalankan aktiviti ternakan dengan baik, namun bagi aktiviti ternakan dalam kolam, kebanyakan penternak berhadapan dengan penyakit. Masalah penyakit ini kebanyakan menyerang ternakan udang dalam

     

    • Ikan hiasan – Merupakan industri ternakan yang berpotensi. Walau bagaimanapun, berlaku penurunan kerana kebanyakan pengusaha tidak dapat mengeksport ikan ke Negara- Negara
  2. Apakah industri ini dapat menyediakan peluang ekonomi kepada rakyat luar bandar?

    Industri Akuakultur mampu memberi peluang ekonomi kepada rakyat luar bandar. Walau bagaimanapun, banyak faktor yang perlu dikenal pasti sebelum memulakan projek. Tapak projek yang dipilih perlulah mempunyai sumber bekalan air yang mencukupi, tapak projek yang sesuai, pengiraan kos kenaikan harga makanan ternakan dan pemasaran

Lampiran

Tiada Lampiran.