Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

20) INDUSTRI AERO ANGKASA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui Selangor Aerospace Council untuk menyuburkan ekosistem industri Aero Angkasa yang berdaya saing di 3S Aerospace Belt?

    Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Invest Selangor  kini  sedang  dalam  usaha membangunkan Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor dimana pelan tersebut dijangka akan dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis Aeroangkasa Negeri Selangor awal tahun 2019.

    Sehingga kini sebanyak tiga (3) sesi pencambahan idea (brainstorming) telah diadakan dimana ianya melibatkan secara langsung UMW Development Sdn. Bhd.; pemaju kawasan perindustrian di Serendah dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang merupakan pengendali utama lapangan terbang di Malaysia.

    Sesi perbincangan juga telah diadakan bersama pemain-pemain industri aeroangkasa terutamanya di Subang, Sepang dan Serendah bagi mendapatkan input berhubung keberkesanan operasi syarikat di kawasan-kawasan tersebut serta keperluan bagi industri untuk mengembangkan pelaburan mereka. Sesi ini amat penting bagi kerajaan negeri dalam merangka pelan tindakan yang efektif dan efisyen serta memberi kebaikan bukan sahaja kepada pemain industri malah dapat memberi impak kepada sosial dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

    Selain itu, beberapa inisiatif turut dicadangkan dibawah pelan tindakan ini bagi menggalakkan syarikat-syarikat SME untuk bersaing di peringkat antarabangsa seperti bantuan geran dalam mendapatkan persijilan dan akreditasi antarabangsa, program pembangunan bersama syarikat multinasional, program perantis dan penyedia latihan setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.