Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

160) INDEPENDENT LIVING SUPPORT CENTRE

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status pelaksanaan Independence Living Support Centre (ILSC) di bawah Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS)?

    Independent Living Support Centre (ILSC) menyediakan latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan kepada golongan OKU berusia 17 tahun ke atas. Bagi pelaksanaan ILSC, Jabatan ANIS telah bekerjasama dengan 6 pusat latihan termasuk di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) yang berada di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini akan dapat membina OKU berdikari dan mampu meningkatkan potensi diri selain menambah produktiviti negara.

     

    Terdapat 2 program utama di bawah ILSC yang dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan semasa belia OKU iaitu Employment Transition & Work Readiness (ETWR) dan Job Coach (JC) & Disability Equality Training (DET). Employment Transition & Work Readiness (ETWR) ialah program persediaan ke arah kerjaya untuk Murid-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memberi pendedahan literasi kerjaya secara praktikal kepada MBPK. Tempat dan kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

     

    1. Rumah Amal Cheshire

     

    1. Kursus Jahitan mengendalikan selama 4 bulan. Kursus Teori selama 3 bulan dan Latihan Industri sebulan.
    2. Kursus Bakeri mengendalikan selama 3 bulan. Kursus Teori selama 2 bulan manakala Latihan Industri sebulan

     

    1. Infinite Minds Academy

     

    1. Pengurusan Pejabat
    2. Teknologi Digital
    3. Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligence)

     

    Selain itu, ANIS turut melatih sukarelawan dan majikan melalui program Job Coach dan Disability Equality Training (DET) untuk mempersiapkan majikan bagi menerima pekerja OKU. Program Job Coach disediakan bagi mereka yang berminat menjadi jurulatih atau pemantau kepada golongan OKU yang baru memulakan kerja di syarikat luar. Job coach bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggalakkan hubungan baik di antara pekerja OKU dan majikan.

     

    Manakala Program Disability Equality Training (DET) dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada majikan khususnya anak syarikat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan suasana inklusif OKU di tempat kerja. Majikan yang terlibat akan digalakkan mengubah dasar dan amalan syarikat, serta menaik taraf infra bagi memberikan akses kepada OKU bekerja di tempat mereka.

  2. Berapakah jumlah pelatih yang sedang menjalani latihan dan telah tamat latihan di bawah ILSC mengikut kategori latihan kemahiran yang dijalani?

    Program ILSC ini secara rasminya telah dimulakan pada September 2022, ANIS telah mula menerima pelajar bermula Febuari 2023 iaitu seramai 17 orang pelajar. Seramai 14 pelajar telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran dan bergraduasi pada 13 Julai 2023 yang lalu.Bagi tahun 2023, ANIS telah daftarkan seramai 16 orang pelajar baharu bagi mengikuti kursus kemahiran di Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dibawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dimana sesi ini adalah sehingga Febuari 2024.

  3. Berapakah jumlah pelatih yang telah mendapat pekerjaan setelah tamat latihan?

    Daripada 14 graduan ILSC yang telah tamat sesi pembelajaran yang lepas, 5 pelajar telah mendapatkan pekerjaan dan selebihnya sedang dalam proses untuk mendapatkan pekerjaan melalui karnival temuduga kerjaya OKU yang diadakan dengan kerjasama antara YAWAS dan PERKESO.

Lampiran

Tiada Lampiran.