Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

266) INDEKS MASALAH SOSIAL DI BANDAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan indeks masalah sosial di bandar dan kesannya?

    Masalah sosial yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

     

    • penagih Dadah ( Orang Kena Pengawasan);
    • rogol;
    • sumbang muhrim;
    • cabul;
    • kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah (di bawah 18 tahun);
    • kes pesalah muda (18 hingga 21 tahun); dan
    • isu Keganasan Rumah Tangga.

     

    Tiada rekod statistik mengikut bandar bagi masalah-masalah sosial yang dikenal pasti, walau bagaimanapun statistik mengikut Daerah bagi tahun 2013 direkodkan seperti jadual di bawah :

     

     

    DAERAH Penagih Rogol Sumbang Cabul Jenayah Pesalah Keganasan
      Dadah   Mahram   Melibatkan Muda rumah
              Kanak-   tangga
              kanak    
    Gombak 700 37   42 72 38 18
                   
    Kuala 247 20 1 19 28 2 3
    Selangor              
                   
    Kuala 194 17 1 25 23 3 7
    Langat              
    Sepang 206 24 1 43 46 21 3
                   
    DAERAH Penagih Rogol Sumbang Cabul Jenayah Pesalah Keganasan
      Dadah   Mahram   Melibatkan Muda rumah
              Kanak-   tangga
              kanak    

     

    Klang 958 47 2 49 97 20 6
                   
    Sabak 260 14 1 9 33 10 0
    Bernam              
    Hulu 359 36 1 7 28 3 1
    Selangor              
    Hulu 1545 73 7 76 158 84 64
    Langat              
    JUMLAH 5438 365 22 369 733 287 197
                   

     

    Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan

     

    Kesan berlakunya gejala adalah seperti berikut :

     

    1. Keruntuhan akhlak;
    2. Kos pemulihan meningkat;
    • Kadar jenayah meningkat; dan
    1. Keharmonian dalam masyarakat terhakis.
  2. Nyatakan hasil kajian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memantau masalah sosial di bandar?

    Sehingga kini tiada kajian yang spesifik dilakukan oleh Kerajaan Negeri, walau bagaimanapun usaha untuk mengumpul data gejala sosial di Negeri Selangor akan dilaksanakan.

  3. Apakah langkah dan saranan yang dilakukan untuk membendung masalah ini?

    Antara langkah dan saranan yang dilakukan adalah seperti berikut :

     

    Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial disediakan sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan menangani gejala sosial secara holistik dan bersepadu. Ianya meliputi semua aspek bagi memastikan tindakan menangani gejala sosial dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

     

    Satu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Selangor yang di pengerusi oleh YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor diwujudkan. Manakala Jawatankuasa yang bersifat inklusif telah ditubuhkan di setiap Daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JKKK, Jabatan Pelajaran Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis Permuafakatan Guru (MPPBIG), Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, Ketua-ketua kaum, Persatuan Pesara, Kaunselor dan Agensi dan NGO,s yang berkaitan.

     

    Kerajaan Negeri bersetuju untuk menggunakan pendekatan bersepadu iaitu 5P :

     

    a. Pembangunan (Development)
    b. Pencegahan (Prevention)
    c. Pencelahan (Intervention)
    1. Penguatkuasaan (Enforcement)

     

    1. Pemulihan

     

    1. Pengurusan

    (Rehabilitation)

    (Management)

     

     

    Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor. Pelbagai program telah dilaksanakan seperti Jelajah Generasi Idaman Selangor dengan pengisian ilmu seperti Forum Generasi Idaman Selangor, pertandingan menunggang motosikal berkhemah, pameran jabatan serta agensi kerajaan dan Bengkel Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.