Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

62) INDEKS KEMISKINAN NEGERI SELANGOR (SPI)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri selepas SPI diperkenalkan?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang serius di dalam membasmi kemiskinan di Negeri Selangor. Sehubungan itu, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah dan Kaum serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebagai perunding kajian. Objektif utama kajian ini adalah untuk:

    • Mengenal pasti perangkaan umum berkaitan kemiskinan bagi penduduk berdasarkan daerah dan kaum di Negeri Selangor;
    • Menganalisis Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor melalui justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan; dan

    Mewujudkan dan membangunkan Sistem Maklumat yang dinamakan Informasi Kesejahteraan Rakyat Majmuk Selangor (IKRAMS) yang mengandungi data lengkap dan holistik isi rumah Selangor yang berpendapatan di bawah PGK yang

    Melalui data-data yang diperolehi daripada kajian dan Sistem Maklumat IKRAMS membolehkan Kerajaan Negeri mengenal pasti dan merangka dasar baru, program dan peruntukan yang lebih komprehensif untuk membasmi kemiskinan secara efektif dan memastikan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri tepat kepada golongan sasar yang memerlukan.

  2. Nyatakan secara terperinci kriteria yang dimasukkan dalam SPI?

    Secara lazimnya, kemiskinan diukur dalam satu dimensi, iaitu menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), isi rumah yang tidak mencapai tahap pendapatan tertentu dianggap miskin. Namun begitu, pelaksanaan kajian tersebut berdasarkan kerangka Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index – MPI). MPI merupakan pendekatan

    pengukuran kemiskinan relatif yang digunakan sebagai asas pengiraan PGK Negeri Selangor. Selangor Poverty Index (SPI) turut menilai prospektif kemiskinan berdasarkan 3 dimensi atau kriteria seperti berikut:

    BIL KRITERIA INDIKATOR
    1. Kesihatan i. Nutrisi (Kemampuan untuk mengambil

    makanan seimbang)

    ii. Kadar kematian kanak-kanak
    2. Pendidikan i. Tempoh/tahun persekolahan (Tempoh menamatkan persekolahan. Di Malaysia, tempoh pembelajaran adalah

    sehingga SPM)

    ii. Kehadiran       sekolah       (Kemampuan

    anak/pelajar hadir ke sekolah)

    3. Taraf Hidup i. Bahan api/minyak masak
    ii. Kebersihan
    iii. Minuman air bersih
    iv. Bekalan elektrik
    v. Tingkat/lantai (keadaan rumah)
    vi. Aset

     

    Setiap dimensi diberikan pemberat sebanyak satu pertiga. Pendekatan yang terdiri daripada tiga (3) dimensi dengan sepuluh (10) indikator ini mencerminkan kedua-dua insiden ketersisihan pelbagai dimensi (bilangan penduduk yang mengalami ketersisihan dalam pelbagai aspek kehidupan dalam populasi tertentu) dan intensiti (berapa batas ketersisihan dialami secara purata pada sesuatu masa). Menurut MPI, seseorang/seisi rumah yang mengalami ketersisihan dalam sekurang-kurangnya satu pertiga daripada indikator wajaran dianggap sebagai mudah terjejas atau berhadapan dengan risiko menjadi miskin dari pelbagai dimensi.

    Pendekatan pelaksanaan kajian ini melihat kemiskinan dari sudut yang lebih holistik dan komprehensif dengan mengaplikasikan konsep SPI seterusnya menghasilkan impak yang positif dalam menangani serta mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.