Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

110) IMPLIKASI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FREE TRADE AGREEMENT, FTA) MALAYSIA, AMERIKA SYARIKAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk menandatangani perjanjian FTA bersama Amerika Syarikat. Perjanjian ini akan memaksa Kerajaan Negeri mengurangkan cukai tarif ke atas produk import dari Amerika . Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap penurunan hasil negeri akibat pengurangan cukai tarif ini?

  2. Apakah penilaian Kerajaan Negeri ke atas implikasi perjanjian FTA ini ke atas program kebajikan rakyat seperti kos kesihatan dan ubat , bekalan air 20m3 percuma , gaji minima?

  3. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Artikel 76(1)(a), Kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan Perjanjian FTA ini tanpa persetujuan Kerajaan Negeri. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengawal ataupun menyekat implikasi FTA terhadap rakyat Selangor ?

Lampiran

Tiada Lampiran.