Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

215) IMPAK KEWANGAN PELAKSANAAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN DAN FI LESEN PENJAJA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kekurangan hasil setiap PBT setelah pelaksanaan pengecualian cukai taksiran bagi rumah kos rendah dan rumah kampung.

    Kekurangan hasil setelah pelaksanaan pengecualian cukai taksiran tahun 2016 bagi rumah kos rendah dan rumah kampung adalah berjumlah RM54.45 juta melibatkan 133,577 bilangan pegangan dan pecahan mengikut PBT adalah seperti Jadual 1.

    Jadual 1

    Implikasi Kewangan Pelaksanaan Pengecualian Cukai Taksiran

    PBT CUKAI TAKSIRAN KOS RENDAH (LANDED) CUKAI TAKSIRAN KOS RENDAH (BERTINGKAT) CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG
    PEGANGAN CUKAI TAKSIRAN
    (RM)
    PEGANGAN CUKAI TAKSIRAN
    (RM)
    PEGANGAN CUKAI TAKSIRAN
    (RM)
    MBSA 8,960 1,710,973.30 20,126 2,684,314.50 14,347 709,464.60
    MBPJ 354 50,694.60 41,902 4,883,425.50 1,930 831,021.81
    MPK 13,600 1,800,000.00 16,300 2,200,000.00 9,800 2,100,000.00
    MPAJ 10,390 2,467,070.00 32,670 6,566,150.00 8,237 838,794.00
    MPSJ 6,937 1,140,396.40 29,116 4,241,253.30 6,184 693,718.95
    MPS 4,933 859,311.12 22,291 2,979,713.92 24,541 2,866,493.16
    MPKJ 15,454 2,435,122.10 40,252 4,237,371.46 4,393 588,592.44
    MPSP 4,244 598,108.44 2,725 258,478.74 1,145 179,246.71
    MDKL 7,514 940,162.50 1,961 247,352.40 1,363 160,647.30
    MDHS 9,501 1,263,955.28 14,190 1,679,680.64 5,288 795,576.33
    MDKS 5,690 584,028.13 3,204 229,181.80 1,951 138,239.84
    MDSB 3,448 290,646.62 0 0.00 5,730 208,090.69
    JUMLAH 91,025 14,140,468.49 224,737 30,206,922.26 84,909 10,109,885.83

    Nota: sumber didapati daripada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (PBT)

  2. Nyatakan kekurangan hasil setiap PBT setelah pelaksanaan pengecualian fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani.

    Kekurangan hasil semua PBT bagi pelaksanaan pengecualian fi lesen adalah RM7.20 juta dengan bilangan 70,304 pemilik lesen dan pecahan mengikut PBT adalah seperti Jadual 2.

    Jadual 2: Implikasi Kewangan Pelaksanaan Pengecualian Fi Lesen

    PBT LESEN PENJAJA, GERAI & PASAR
    PEGANGAN
    (UNIT)
     FI LESEN TAHUNAN

    (RM)

    MBSA 6,190 421,036.00
    MBPJ 9,671 648,514.00
    MPK 6,878 1,072,408.00
    MPAJ 7,046 781,808.00
    MPSJ 1,012 103,187.00
    MPS 24,184 2,902,080.00
    MPKJ 347 81,376.00
    MPSP 3,098 142,075.00
    MDKL 1,389 140,694.00
    MDHS 2,500 227,521.40
    MDKS 3,637 192,463.00
    MDSB 4,352 491,161.00
    JUMLAH 70,304 7,204,323.40

     

  3. Adakah pelaksanaan pengecualian tersebut telah memberi impak kewangan yang besar kepada Majlis Daerah? Jika ya, apakah langkah diambil oleh Kerajaan Negeri?

    Pelaksanaan pengecualian ini melibatkan implikasi kewangan secara keseluruhan berjumlah RM61.66 juta dengan jumlah 470,975 pegangan di semua PBT Negeri Selangor. Bagi membantu PBT dalam pelaksanaan ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan semula peruntukan kepada semua PBT termasuk empat (4) PBT yang berstatus Majlis Daerah iaitu Majlis Daerah Kuala Langat RM1.45 juta, MDHS RM3.21 juta, MDKS RM1.03 juta dan MDSB RM0.8 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.