Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

74) IMPAK ILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan menyediakan laporan lengkap mengenai pelaksanaan dan impak program ISS secara berkala?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Selcare Management Sdn. Bhd. menyediakan laporan pelaksanaan Program ISS secara bulanan dan secara tahunan kepada Kerajaan Negeri. Penyediaan maklumat-maklumat tersebut dapat membantu Kerajaan Negeri menilai keberkesanan program tersebut di samping mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul di sepanjang pelaksanaan program.

  2. Apakah data atau indikator spesifik yang kerajaan gunakan untuk menilai keberkesanan program ISS dalam menyelesaikan isu kesihatan kronik dalam kalangan masyarakat luar bandar dan masyarakat berpendapatan rendah?

    Terdapat beberapa indikator yang diambil kira melalui laporan bulanan Program ISS seperti berikut:

    1. Bilangan penerima yang mendapatkan rawatan asas berserta diagnosis penyakit;
    2. Bilangan penerima yang menerima manfaat hospitalisasi beserta dengan diagnosis; dan
    3. Bilangan penerima manfaat tambahan tuntutan penyakit kritikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.