Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
89) IMPAK GST
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kesan GST terhadap beban isirumah di Selangor?
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai yang dikenakan kepada setiap pembelian barangan dan perkhidmatan sebanyak 6% (tidak termasuk barangan dikecualikan GST). Ini bermakna kuasa beli pengguna akan berkurangan sebanyak 6% daripada setiap pembelian yang dibuat. Sebagai contoh, bagi harga barangan berjumlah RM100.00, pengguna perlu membayar sebanyak RM106.00 sebagai bayaran GST. Ini bermakna isirumah akan membayar dan menanggung kos tambahan untuk membeli dan mengguna sesuatu
-
Adakah wujud kajian terhadap impak GST terhadap rakyat Selangor?
Buat masa ini, tiada apa-apa kajian impak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berkaitan impak GST kepada rakyat
-
Adakah hasil kutipan GST yang diperoleh kerajaan pusat turut diberikan kepada kerajaan negeri Selangor?
Untuk makluman, Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan akan dimasukkan ke dalam akaun hasil disatukan dan akan digunakan bagi membiayai program Kerajaan Persekutuan dan Pemberian kepada Kerajaan Negeri. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan itu adalah pelbagai termasuk hasil daripada kutipan GST dan tiada spesifik pemberian bagi kutipan GST tersebut. Namun, terdapat satu pemberian yang nyata adalah Pemberian Pertambahan Hasil iaitu jika ada pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan , maka Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan pemberian yang dinamakan Pemberian Pertambahan Hasil kepada Kerajaan